Saturday, 22 February 2020

Sekitar perasmian Pines Station KOPTA

Ini adalah sekadar perkongsian berkenaan dengan perasmian kiosk terbaru KOPTA hampir dua minggu lepas...

Rabu 12 Februari 2020 ada satu majlis perasmian pembukaan di kiosk terbaru KOPTA iaitu Pines Station. 

Perasmian pembukaan kiosk Pines Station ini disempurnakan oleh Pengetua SMK Kota Tuan Hj Shamsul Bahari Jaafar. Selain AJK koperasi SMK Kota, antara yang hadir ialah pegawai-pegawai pertanian negeri, Lembaga Perindustrian Nanas Negeri dan Persatuan Pengusaha Nanas Kelantan. 

Kiosk tersebut menjual nanas yang segar dari ladang. Ianya terletak bersebelahan dengan deretan kedai-kedai koperasi SMK Kota, atau dikenali sebagai KOPTA. Yang selama ini di bawah pengusaha Koperasi SMK Kota Berhad. 

Barisan-barisan pentadbir bersama pegawai pertanian negeri turut menikmati jus nanas.







Untuk pengetahuan korang semua, Pines Station ini dibuka pada jam 10 pagi - 6 petang untuk Ahad - Khamis, manakala hari Jumaat pula dibuka pada jam 9 pagi - 12 tengahari, manakala hari Sabtu juga dibuka pada jam 9 pagi - 5 petang.


Sebagai mengakhiri artikel ini, bagi mengetahui lebih lanjut, korang terus LIKE Pages di FB Pines Station. Klik ke sini


Tuesday, 18 February 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Dari gerhana matahari ke Mekkah dengan menutup siri cerita


Salam Selasa malam Rabu. Setelah beberapa lama kita sudah memasuki hari ke-9 perjalanan ke Lembah Klang. Maknanya genap 2 bulan perjalanan tersebut maka terakhirlah artikel yang saya buat untuk ketika ini. Bersambung daripada Perjalanan akhir tahun 2019 - Mencari durian di dusun belakang surau

Pagi Khamis 26 Disember 2019 kami terus meninggalkan Bangi. 

Kami pun menyusuri masuk ke bandaraya Kuala Lumpur untuk melihat suasana bandaraya yang sibuk. 

Kebiasaannya kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur memang selalu ada. 

Sambil-sambil itu kami melihat suasana bandaraya Kuala Lumpur. Terlihat juga menara Tun Razak Exchange yang dibina tinggi. Terlihat menara ini sudah siap dibina dan akan digunakan sepenuhnya.  

Dari belakang menara pencakar langit ialah Menara Berkembar Petronas KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Rujuk kembali artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Kenduri di Meru dan berpusing-pusing ke bandaraya Kuala Lumpur yang dibuat 2 minggu lepas. 

Selepas itu saya terus melalui Lebuhraya Gombak ke Karak untuk sampai ke negeri Kelantan.

Dipendekkan cerita kami sampai ke Bentong dalam sekitar jam 12.05 tengahari.

Dalam sekitar jam 1 tengahari kami sampai di Kuala Lipis keadaan langit menghampiri waktu senja. Ini kerana berlakunya gerhana matahari analus seperti yang diramal ketika itu bermula jam 11.30 pagi. Analus dalam bahasa Latin bermaksud cincin. Ketika gerhana matahari sedang berlaku maka akan adakan solat sunat gerhana.

Zoom-in dah dapat gerhana matahari. Ini menunjukkan jam 1.27 tengahari ketika itu kami berada di Kuala Lipis. 

Dari Kuala Lipis kami terus melalui lebuhraya CSR untuk sampai ke negeri Kelantan. Apabila sampai ke negeri Kelantan kami terus singgah di bandar Gua Musang lalu terlihat masjid ini ketika jam 3.05 petang.

Alhamdulillah kami pun menjamakkan solat Zohor dan Asar. Dah berasa keletihan.

Kemudian kami pun berjalan-jalan ke bandar lama Gua Musang.

Kemudian kami melihat satu bangunan baru menjadi ikonik kepada Gua Musang dan negeri Kelantan Serambi Makkah. Lihat artikel Masjid Razaleigh, Gua Musang hampir siap di blogspot Jom ke Masjid.

Rasanya seperti berada di Mekkah. Dari belakang ada bukit batu kapur. Nampak tak betapa unik dan terserlah. Kalau di Masjidil Haram sebenar di Mekkah sudah dibesarkan tetapi kat tempat kita dah nampak hampir real

Selepas itu kami meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Kota Bharu.

Dari Gua Musang saya terus ke Kuala Krai lalu meredah jammed di sana. Hampir waktu maghrib kebetulan saya berada di Machang.

Sampai lah pulak di pekan Kok Lanas. Kemudian singgah di masjid ini, terlihat seperti istana Inggeris. Lihat Masjid Ayesha, Kok Lanas

Sampai di Wakaf Che Yeh kami singgah makan di restoran nasi kukus. Alang-alang seperti rasa sedap. Kalau jarak dari rumah saya di Pendek hanya dalam 4 km je. Dekat tu dah nak rasa macam nak balik.

Alhamdulillah kami sudah sampai ke rumah dalam sekitar 9.30 malam. Meter menunjukkan kami telah memandu sejauh 563 km sepanjang perjalanan sekitar Shah Alam, Bangi, Meru dan Nilai. Rujuk kembali kepada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Cerita akan datang ke tahun baru 2020. Tetapi cerita ini belum tamat lagi. Andai kata kita ada sedikit ringkasan tentang perjalanan tersebut. Nantikannya...


Sunday, 16 February 2020

Makluman kepada bekas-bekas pelajar SMK Kota yang berminat dalam bidang keusahawanan

Koperasi SMK KOTA Bhd sedang mengumpul maklumat.. Minta kerjasama ahli group yg ada maklumat tentang bekas bekas  pelajar SMK KOTA  yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan.Boleh pm atau whatsapp Cikgu Suhaimi Sulaiman 0129566083. 

Prihatin terhadap keluarga - Hormat menghormati

Salam petang Ahad. Ini adalah perkongsian ilmu semasa perhimpunan rasmi sekolah. 

Isnin 10 Februari 2020 ada majlis perhimpunan rasmi sekolah di Dewan Kota Jelasin di SMK Kota. 

Syarahan berkenaan dengan keluarga disampaikan oleh Cikgu Mat Yatim. Keluarga juga turut dimasukkan dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan seperti mana ditunjukkan lebih sebulan lepas. Ketika itu diberi syarahan berkaitan dengan jiran. Rujuk Kasih sayang - Prihatin terhadap jiran. Keluarga bermaksud satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal di suatu tempat di bawah suatu atap dalam keadaan saling bergantungan. 

Fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara biologi atau sosial (iaitu perkahwinan). Oleh itu, seseorang  akan merasai perubahan perasaan berkeluarga misalnya bagi anak anak, keluarga bersifat orientasi, iaitu keluarga bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya. Manakala bagi ibu bapa, keluarga bersifat prokreasi yang mana matlamat utama ialah menghasilkan, membudayakan dan mensosialkan zuriat. Walau bagaimanapun menghasilkan zuriat bukanlah tujuan utama sesebuah keluarga. Dalam masyarakat yang mempunyai pembahagian dalam pekerjaan, kehendak berkeluarga, dan hasil hubungan antara suami dan isteri, pembentukan isi rumah yang produktif dan ekonomi adalah amat penting. 

Berbagai peranan yang terdapat dalam keluarga adalah sebagai ayah sebagai suami dari isteri dan ayah dari anak-anaknya, berperan sebagai pencari nafkah, pendidik, pelindung dan pemberi rasa aman, sebagai ketua keluarga, sebagai anggota dari kelompok sosialnya serta sebagai anggota dari kelompok sosialnya serta sebagai anggota masyarakat dari lingkungannya. Ibu sebagai isteri dan ibu dari anak-anaknya, ibu mempunyai peran untuk mengurus rumah tangga, sebagai pengasuh dan pendidik anak-anaknya, pelindung dan sebagai salah satu kelompok dari peranan sosialnya serta sebagai anggota masyarakat dari lingkungannya, di samping itu juga ibu dapat berperan sebagai pencari nafkah tambahan dalam keluarganya. Anak-anak juga melaksanakan peranan psikosial sesuai dengan tingkat perkembangannya baik fisik, mental, sosial, dan spiritual. 

Antara fungsi yang dijalankan oleh keluarga ialah pendidikan, sosialisasi, perlindungan, perasaan, agama, ekonomi, rekreatif dan biologis. Fungsi lain juga turut bersesuaian ialah memberikan kasih sayang, perhatian, dan rasa aman di antara keluarga

Nilai yang berkaitan dengan kekeluargaan ialah kita hendaklah mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. 

Definisi yang dimasukkan dalam nilai tersebut ialah memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara sopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. 

Cara untuk mewujudkan keluarga yang bahagia ialah berinteraksi dengan baik antara satu sama lain. Cara kedua ialah kita perlu saling menghormati. Ketiga, kita harus peka terhadap keperluan dan perasaan keluarga. Keempat, patuh kepada arahan anggota keluarga. Kelima, kita sepatutnya mengadakan perbincangan keluarga untuk selesaikan konflik. 

Nilai tersebut adalah penting untuk membentuk keluarga harmoni kepada negara agar membentuk generasi yang penyayang. Nilai tersebut penting supaya mewujudkan generasi yang hormat dan taat setia kepada negara. Kepentingan lain juga bagi melahirkan bakal pemimpin yang berkualiti. 

Cara untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa ialah belajar bersungguh-sungguh, menjaga maruah keluarga, mendengar nasihat, memberi hadiah dan menjaga keperluan seperti makan dan minum mereka. 

Kepentingan amalan hormat-menghormati antara anggota keluarga juga dapat mengeratkan hubungan kasih sayang. Kepentingan lain juga dapat mengelakkan konflik atau masalah serta mewujudkan keluarga yang harmoni. Amalan hormat-menghormati perlu diamalkan supaya mewujudkan penyelesaian masalah melalui perbincangan sesama keluarga. 

Sebagai kesimpulannya, pelbagai perkara yang boleh kita lakukan sebagai menghormati semua ahli keluarga kita. Apabila kita saling menghormati maka kita dapat mengelakkan daripada konflik kekeluargaan. 

Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...