Tuesday 18 February 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Dari gerhana matahari ke Mekkah dengan menutup siri cerita


Salam Selasa malam Rabu. Setelah beberapa lama kita sudah memasuki hari ke-9 perjalanan ke Lembah Klang. Maknanya genap 2 bulan perjalanan tersebut maka terakhirlah artikel yang saya buat untuk ketika ini. Bersambung daripada Perjalanan akhir tahun 2019 - Mencari durian di dusun belakang surau

Pagi Khamis 26 Disember 2019 kami terus meninggalkan Bangi. 

Kami pun menyusuri masuk ke bandaraya Kuala Lumpur untuk melihat suasana bandaraya yang sibuk. 

Kebiasaannya kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur memang selalu ada. 

Sambil-sambil itu kami melihat suasana bandaraya Kuala Lumpur. Terlihat juga menara Tun Razak Exchange yang dibina tinggi. Terlihat menara ini sudah siap dibina dan akan digunakan sepenuhnya.  

Dari belakang menara pencakar langit ialah Menara Berkembar Petronas KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Rujuk kembali artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Kenduri di Meru dan berpusing-pusing ke bandaraya Kuala Lumpur yang dibuat 2 minggu lepas. 

Selepas itu saya terus melalui Lebuhraya Gombak ke Karak untuk sampai ke negeri Kelantan.

Dipendekkan cerita kami sampai ke Bentong dalam sekitar jam 12.05 tengahari.

Dalam sekitar jam 1 tengahari kami sampai di Kuala Lipis keadaan langit menghampiri waktu senja. Ini kerana berlakunya gerhana matahari analus seperti yang diramal ketika itu bermula jam 11.30 pagi. Analus dalam bahasa Latin bermaksud cincin. Ketika gerhana matahari sedang berlaku maka akan adakan solat sunat gerhana.

Zoom-in dah dapat gerhana matahari. Ini menunjukkan jam 1.27 tengahari ketika itu kami berada di Kuala Lipis. 

Dari Kuala Lipis kami terus melalui lebuhraya CSR untuk sampai ke negeri Kelantan. Apabila sampai ke negeri Kelantan kami terus singgah di bandar Gua Musang lalu terlihat masjid ini ketika jam 3.05 petang.

Alhamdulillah kami pun menjamakkan solat Zohor dan Asar. Dah berasa keletihan.

Kemudian kami pun berjalan-jalan ke bandar lama Gua Musang.

Kemudian kami melihat satu bangunan baru menjadi ikonik kepada Gua Musang dan negeri Kelantan Serambi Makkah. Lihat artikel Masjid Razaleigh, Gua Musang hampir siap di blogspot Jom ke Masjid.

Rasanya seperti berada di Mekkah. Dari belakang ada bukit batu kapur. Nampak tak betapa unik dan terserlah. Kalau di Masjidil Haram sebenar di Mekkah sudah dibesarkan tetapi kat tempat kita dah nampak hampir real

Selepas itu kami meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Kota Bharu.

Dari Gua Musang saya terus ke Kuala Krai lalu meredah jammed di sana. Hampir waktu maghrib kebetulan saya berada di Machang.

Sampai lah pulak di pekan Kok Lanas. Kemudian singgah di masjid ini, terlihat seperti istana Inggeris. Lihat Masjid Ayesha, Kok Lanas

Sampai di Wakaf Che Yeh kami singgah makan di restoran nasi kukus. Alang-alang seperti rasa sedap. Kalau jarak dari rumah saya di Pendek hanya dalam 4 km je. Dekat tu dah nak rasa macam nak balik.

Alhamdulillah kami sudah sampai ke rumah dalam sekitar 9.30 malam. Meter menunjukkan kami telah memandu sejauh 563 km sepanjang perjalanan sekitar Shah Alam, Bangi, Meru dan Nilai. Rujuk kembali kepada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Cerita akan datang ke tahun baru 2020. Tetapi cerita ini belum tamat lagi. Andai kata kita ada sedikit ringkasan tentang perjalanan tersebut. Nantikannya...


No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...