Salam. Memasuki hari ke-4 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Saturday, 11 April 2026
Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Ke Muar setelah 14 tahun
Pagi Rabu 25 Mac 2026. Bergerak keluar dari Melaka.
Sampai ke sempadan Johor dengan menggunakan Lebuh AMJ. Gambar di atas menunjukkan jambatan ikonik di Muar. Kali terakhir sampai di sini iaitu awal tahun 2012, kira-kira 14 tahun lalu. Ketika itu kami melalui dengan bas ke Johor sehingga Kelantan.
Dari Semerah menuju kembali ke Muar. Singgah di masjid yang kelihatan. Lihat artikel Masjid Sungai Gersik, Sungai Balang, Muar di blogspot Alam Melayu dan Islam.
Singgah membeli barangan perkakasan kerja berhampiran Batu Berendam.
Selepas melepaskan kepenatan berjalan jauh beriadah di kawasan padang berhampiran.
Wednesday, 8 April 2026
Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka
Salam. Pergi pada hari ke-3 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada artikel Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Ziarah di sekitar Bangi dan Teras Jernang.
Pagi Selasa 24 Mac 2026. Setelah bermalam 2 hari di Bangi, kami meneruskan perjalanan ke arah selatan dengan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
Di satu sudut bilik terdapat juga simpanan majalah legend yang masih dalam ingatan dalam era 90-an dan 2000-an. Saya meminati majalah Ujang. Majalah ini yang saya jumpa. Selain majalah legend, masih dalam ingatan ialah Kampung Boy.
Terasa keletihan menikmati aiskrim yang sensasi masa kini. Kemudian singgah bersolat di masjid berdekatan rumah itu untuk bersolat Jamak Maghrib dan Isyak.
Berhenti di Melaka Sentral untuk melihat tarikan baharu. Dahulu asal adalah jejantas biasa yang kini diperbaharui.
Lihat artikel Jejantas Tun Teja di blogspot Alam Melayu dan Islam.
Kelihatan pada gambar yang saya rakam ia seakan-akan Saloma Link.
Perjalanan diteruskan lagi ke Pengkalan Rama.
Singgah di Melaka River Cruise di Taman Rempah. Keadaan ketika itu jam 10.53 malam. Ketika ini tidak terlalu ramai kerana di sana bukan cuti hujung minggu.
Sunday, 5 April 2026
Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Ziarah di sekitar Bangi dan Teras Jernang
Salam pertengahan Syawal 1447 Hijriah. Masih lagi dalam mood untuk memeriahkan raya. Perkongsian seterusnya adalah pergi pada hari ke-2 perjalanan Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada artikel Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Perjalanan terbaharu yang tertunda lebih sebulan lalu.
Isnin 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal. Suasana solat maghrib di Surau Al-Falah, Bandar Baru Bangi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah
Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu 22 Mei lal...
-
Salam. Memasuki hari ke-4 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka ....
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 25 Syawal 1447 Hijriah. Diteruskan lagi pada hari terakhir perjalanan Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitr...


































