Salam 15 Syawal 1447 Hijriah. Baru ini saya dan keluarga telah melakukan satu perjalanan baru di beberapa buah negeri. Dan berada di sana selama 5 hari 5 malam dengan menaiki kenderaan sendiri.
Pada asalnya pada Tahun Baru Cina baru ini merancang untuk ke Lembah Klang untuk menziarahi kakak bapa saya sedang sakit di rumah. Tapi apabila menghampiri masuk bulan Ramadan sibuk mengemas dan bergotong-royong membersihkan masjid sebagai bersiap sedia untuk memasuki bulan Ramadan yang dijangka pada selepas Tahun Baru Cina itu, iaitu hari Khamis 19 Februari 2026. Baiklah, sekarang tanpa membuang masa kita mulakan perkongsian ini.
Merujuk pada artikel
Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Raya pertama di Kelantan yang dipersembahkan 12 Syawal lalu. Adapun raya pertama masih berada di Kelantan. Lalu esoknya raya ke-2, Ahad 22 Mac barulah perjalanan bermula apabila kami meninggalkan rumah jam 8.00 pagi lalu memasuki jalan Dewan Beta ke Machang. Terlihat gambar di atas menunjukkan kami melalui jambatan yang baru dibuka lebih 1-2 bulan lalu di sempadan daerah antara Kota Bharu dan Machang di Kemubu.
Jam 9.50 sudah melepasi sempadan jajahan (daerah) Gua Musang. Berhenti rehat dan makan di hentian pertama Gua Musang.
Bapa saya sepatutnya merancang pada cuti Tahun Baru Cina baru ini untuk ke Lembah Klang. Itupun menghampiri bulan Ramadan. Kali ini baru memulakan perjalanan setelah lebih sebulan tertangguh.
Dari Gua Musang ke Raub terus melakukan perjalanan. Seterusnya kami terus memasuki laluan lama Raub ke Bentong tanpa memasuki Central Spine Road (CSR). Yang mana suatu masa dahulu laluan utama perantauan Kelantan untuk berulang alik ke negeri tersebut. Gambar ini diambil jam 2 petang. Kali terakhir menggunakan laluan ini ialah lebih 3 tahun lalu. Ketika itu CSR antara UiTM Raub dan Raub ke-2 belum siap. Lihat artikel lama
Kenduri besar di Bukit Kiara - Bermalam di dua tempat sebelum berakhir perjalanan.
Perjalanan diteruskan lagi melepasi bandar Bentong untuk sampai ke Lebuh Raya Karak. Kali terakhir memasuki bandar Bentong iaitu 6-7 tahun lalu. Lihat artikel lama berikut :
Selepas Plaza Tol Gombak kami menggunakan laluan MRR2 di Gombak untuk menghala ke Bangi.
Jam 6.07 dipendekkan cerita kami telah sampai di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Hilanglah sudah sedikit kepenatan setelah berjalan jauh sekitar 455 km.
No comments:
Post a Comment