Salam 12 Syawal 1447 Hijriah. Hari inilah saya dan keluarga melaksanakan puasa enam hari dalam bulan Syawal dan kini memasuki hari ke-4. Dan berkesempatan jugalah kami ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri. Maaf, zahir dan batin. Merujuk pada artikel Cerita Ramadan 1447/2026 yang dipersembahkan malam Jumaat 30 Ramadhan. Sekarang barulah memulakan perkongsian tentang raya baru ini.
Pagi Sabtu 21 Mac 2026 bersamaan 1 Syawal. Menunaikan solat sunat hari raya di masjid mukim Pendek yang terletak 300 meter dari rumah saya.
Tema baju raya 2026.
Selepas solat, beraya di rumah nenek saudara belah bapa di kampung Keling, Limbat.
Selepas pulang daripada itu, tiba-tiba ada sebuah kereta yang rosak dan tersadai di Tiong lalu meminta tolong untuk menarik kereta berkenaan.








No comments:
Post a Comment