Salam malam Jumaat 19 Rejab 1447 Hijriah. Pada minggu lalu saya, keluarga dan ibu saudara membuat satu perjalanan ke Terengganu. Sekarang kita mulakan cerita kami. Walaupun dalam keadaan bergejala batuk dan selsema akibat perubahan musim ketika ini, pagi tadi baru lepas menghadiri kenduri sepupu di Pasir Mas seterusnya sambil pergi ke Jeli, saya membawa laptop untuk menyiapkan tugasan.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Thursday, 8 January 2026
Tahun baharu 2026 di Terengganu - Penampakan batu bersurat sebagai mukadimah
Perjalanan dimulakan pagi Jumaat 2 Januari 2026 dengan terus mengambil Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (LKBKK) untuk menuju ke Melor.
Sebelum ini berhajat untuk mengambil laluan Jerteh. Tetapi terlihat macam ada kesesakan mungkin disebabkan cuti sekolah panjang. Terpaksa menggunakan laluan Cherang Ruku untuk memasuki Kuala Besut. Dimulakan dengan singgah menikmati keropok lekor sedap melepasi sempadan negeri Kelantan dan Terengganu.
Bila masuk waktu solat Jumaat kami berhajat singgah di mana-mana masjid yang berada di sekitar sama ada di Besut atau Setiu. Gambar ini ketika selepas azan pertama. Ibu saudara pun menyuruh tidak wajib menunaikan solat Jumaat bagi orang bermusafir. Tak mengapalah, itu memanglah tidak wajib bagi orang bermusafir seperti kami. Kebiasaan memang sepatutnya cari masjid untuk menunaikan solat Jumaat sebagai saya lelaki beragama Islam, biasanya bermukim/kariah terdekat sahaja.
Hampir memasuki Kuala Nerus singgah di masjid Merang untuk bersolat jamak Zohor dan Asar.
Saya terus berhajat ke masjid terapung yang terletak berdekatan. Kami pun singgah. Lihat artikel Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai di blogspot Alam Melayu dan Islam.
Sunday, 4 January 2026
Beberapa hal termasuk kematian di akhir tahun 2025
Walaupun sudah memasuki hari ke-4, tak lupa juga selamat menyambut tahun baru bagi tahun 2026. Semoga tahun baru 2026 ini lebih bermakna untuk kita semua dan jadikan tahun 2025 sebagai kenangan yang amat manis dan getir. Petang tadi baru sahaja kembali dari perjalanan ke Terengganu. Namun, biarkan dahulu sedikit perkongsian tentang hal-hal penting daripada akhir tahun 2025 walaupun terasa sudah kepenatan selepas berjalan jauh tadi.
Petang Ahad 28 Disember 2025 saya, keluarga dan ibu saudara ke Tanah Merah untuk meneruskan perjalanan. Singgah di kedai pisang goreng berhadapan masjid Galok di Chetok. Setiap kali selalulah membeli kedai ini sebagai buah tangan untuk yang menghuni di Tanah Merah sekarang.
Sampai ke rumah nenek saudara belah bapa di Chat Rimau jam 4 petang setelah membeli ubi kayu berdekatan dengan masjid di Paloh Hilir. Lihat artikel Masjid Baitul Rahmah, Paloh Hilir, Tanah Merah di blogspot Alam Melayu dan Islam. Jadi bolehlah bertanyakan khabar termasuk isteri kepada abang bapa saya dalam keadaan sakit tenat setelah seminggu sebelum ini pernah dikejarkan ke hospital akibat kekurangan darah. Selepas itu terus dalam keadaan terlantar, tidak mahu bergerak dan boleh bercakap hanya sepatah dua. Sebelum ini berhajat pula pergi ke rumah abang kepada ibu saya di Jeli, cuma tak jadi. Hampir dengan waktu maghrib bapa saya telah menelefon kepada abang bapanya untuk memberitahu isteri sedang nazak.
Selepas solat maghrib dan makan malam di Tanah Merah terus bergegas ke rumah abang bapa saya di Jalan Bayam, Kota Bharu untuk melihat keadaan isterinya sedang nazak. Antara yang hadir iaitu kalangan keluarga dari Kedah, Melaka, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor untuk sama-sama melihat keadaan ibunya. Turut hadir juga adalah kalangan keluarga dari negara China yang bekerja sebagai kedutaan besar Malaysia di sana yang baru sahaja pulang pada Khamis baru ini. Mereka juga sama-sama bersedih apabila isteri abang bapa itu dalam keadaan sakit teramat-amat.
Inna lillahi wa 'inna ilaihi raji'un. Isteri abang bapa saya pun telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 malam. Kemudian terus menelefon kepada kenalan dan saudara mara saya telah memberitahu bahawa berita kematian itu. Termasuk juga ibu saudara sekeluarga saya dari Bangi yang baru sahaja pulang ke Kelantan malam itu.
Pagi Isnin 29 Disember terus bergegas ke rumah kematian arwah isteri kepada abang bapa saya untuk menguruskan dan memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah.
Jam 12.00 saya dan keluarga menziarahi ke rumah waris keluarga di Cherang sambil memberikan kad jemputan kenduri di sebelah rumah saya yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, 10 Januari.
Selepas solat Zohor terus menunaikan solat jenazah di masjid Paya Rambai sebelum diangkat ke tanah perkuburan yang terletak bersebelahan untuk disemadikan. Sambil-sambil itu terus singgah di beberapa tempat yang berhampiran dengan masjid. Lihat artikel berikut di blogspot Alam Melayu dan Islam :
Hari ini genap sudah seminggu arwah isteri abang bapa saya telah kembali ke rahmatullah. Arwah yang berumur 64 tahun ini sudah mula sakit sejak tahun 2021 akibat kanser darah dan berkali-kali dalam tiap tahun terpaksa dikejarkan ke hospital untuk memerlukan darah yang cukup. Sekarang kemungkinan bila-bila masa nyawanya boleh ditarik dan sampailah masa untuk tibanya ajal. Itulah perancangan Allah yang mahukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah
Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu 22 Mei lal...
-
Salam. Memasuki hari ke-4 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka ....
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 25 Syawal 1447 Hijriah. Diteruskan lagi pada hari terakhir perjalanan Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitr...





















