Salam malam Jumaat 19 Rejab 1447 Hijriah. Pada minggu lalu saya, keluarga dan ibu saudara membuat satu perjalanan ke Terengganu. Sekarang kita mulakan cerita kami. Walaupun dalam keadaan bergejala batuk dan selsema akibat perubahan musim ketika ini, pagi tadi baru lepas menghadiri kenduri sepupu di Pasir Mas seterusnya sambil pergi ke Jeli, saya membawa laptop untuk menyiapkan tugasan.
Perjalanan dimulakan pagi Jumaat 2 Januari 2026 dengan terus mengambil Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (LKBKK) untuk menuju ke Melor.
Sebelum ini berhajat untuk mengambil laluan Jerteh. Tetapi terlihat macam ada kesesakan mungkin disebabkan cuti sekolah panjang. Terpaksa menggunakan laluan Cherang Ruku untuk memasuki Kuala Besut. Dimulakan dengan singgah menikmati keropok lekor sedap melepasi sempadan negeri Kelantan dan Terengganu.
Bila masuk waktu solat Jumaat kami berhajat singgah di mana-mana masjid yang berada di sekitar sama ada di Besut atau Setiu. Gambar ini ketika selepas azan pertama. Ibu saudara pun menyuruh tidak wajib menunaikan solat Jumaat bagi orang bermusafir. Tak mengapalah, itu memanglah tidak wajib bagi orang bermusafir seperti kami. Kebiasaan memang sepatutnya cari masjid untuk menunaikan solat Jumaat sebagai saya lelaki beragama Islam, biasanya bermukim/kariah terdekat sahaja.
Hampir memasuki Kuala Nerus singgah di masjid Merang untuk bersolat jamak Zohor dan Asar.
Saya terus berhajat ke masjid terapung yang terletak berdekatan. Kami pun singgah. Lihat artikel Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai di blogspot Alam Melayu dan Islam.















No comments:
Post a Comment