Friday 11 September 2020

Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Dugaan di Bangi

Seperti yang ditunjukkan dalam artikel Kembali bersua selepas lebih 5 bulan tidak bersua muka akibat PKP yang dibuat Isnin 24 Ogos lalu. Alhamdulillah berasa lega seperti diperkatakan dalam kerajaan telah membenarkan rentas negeri dan kesemua kelonggaran sepanjang PKPP dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) disaran kerajaan bermula 10 Jun 2020 yang sepatutnya akan tamat pada 31 Ogos 2020 dan dilanjutkan lagi sehingga akhir tahun 2020. Setelah lebih 3 bulan sejak 18 Mac lalu kerajaan berpesan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyuruh korang semua kekal berada di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan menutup semua premis kecuali pasaraya, kedai runcit dan serbaneka. Tetapi secara semangat atau batinnya ia belum lagi selesai sampailah baru-baru ini. Kini saya akan kongsikan korang sedikit tentang perjalanan pertama rentas negeri dalam tempoh PKPP. Jom...

Kami sekeluarga bertolak pagi Jumaat 28 Ogos 2020 dengan bermulanya sampai di rumah nenek saudara saya di Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh untuk mengambil nenek saudara saya. 

Seterusnya terus menggunakan laluan ke Dewan Beta dan Kemubu untuk memasuki Machang sebagai laluan alternatif disebabkan ada beberapa kesesakan di laluan Kadok ke Kok Lanas. 




11.30 pagi berhenti di Rnr Kedua Gua Musang untuk melepaskan penat apabila merentasi 143 km dari Machang ke Gua Musang



Di sinilah saya nak berhenti bersarapan. Pada hujung tahun lepas sinilah bapa saudara saya berhenti untuk solat Jamak Zohor dan Asar dan makan. 




Perjalanan seterusnya masuk ke bandar pada jam 12 tengahari. 

Selepas itu barulah kami merentasi lebuhraya CSR yang baru dibuka pada hari raya haji yang lepas iaitu Mentara ke Merapoh jam 12.40 tengahari sehinggalah merentasi ke Padang Tengku, Kuala Lipis. 

Dari Merapoh kami pun singgah makan di RnR Benta pada 1.40 tengahari. Ketika itu waktu solat Jumaat, jadi hasratnya nak solat Jumaat tapi tak boleh masuk kerana tidak boleh mendaftar untuk menunaikan solat Jumaat di masjid sana. 

Tapi takpe tak wajib solat Jumaat kepada orang bermusafir jauh seperti kami. Tujuannya ada majlis perkahwinan di Durian Tunggal, Melaka. 

Seiingatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu bagi membendung wabak COVID-19. Antara penyebab pelaksanaan PKP seperti wajib kekal berada di rumah, bekerja di rumah dan 10 kali tak boleh solat Jumaat namun digantikan solat Zohor di rumah. Solat Jumaat ketika PKP baru-baru ini bermula 15 Mei lalu di mana hanya kehadiran 4 orang pegawai masjid sahaja. Manakala solat Jumaat 22 dan 29 Mei dengan hanya kehadiran 12 orang AJK masjid sahaja serta 5 dan 12 Jun barulah kehadiran 40 orang untuk jemaah yang terpilih sahaja. Alhamdulillah bermulanya 19 Jun barulah dapat bersolat Jumaat dengan mengikut keluasan sebenar masjid. 

Seterusnya saya singgah di masjid baru ini. Ketika itu ada majlis perasmian dengan orang-orang besar. Tapi rasanya ketika itu baru dibuka untuk orang musafir singgah. Rasanya boleh solat tapi biarkan dahulu. Lihat artikel Masjid Baru Benta, Kuala Lipis di blogspot Jom ke Masjid

Dari Benta terus ke Raub. Ketika itu baru 2.50 petang kami terpaksa meredah kesesakan disebabkan ada penurapan tar di hadapan.


Kurang dua jam meredah kesesakan di Dong, Raub kami meneruskan lagi perjalanan.


Singgah di masjid Gali Tengah untuk menunaikan solat Jamak Jumaat dan Asar sebelum meneruskan perjalanan ke Bentong. Dengan pematuhan SOP paling wajibnya membawa sejadah sendiri, jarak sosial 1 meter dan memakai pelitup muka (face mask). 

Disebabkan hujan di Bentong terpaksa jammed setengah jam di bandar Bentong. Terus melalui Lebuhraya Karak pada jam 5.45 petang. 

Waktu sudah maghrib terpaksa pula meredah jammed di tengah bandaraya Kuala Lumpur selama hampir sejam setengah disebabkan pulang dari tempat kerja. 

Dipendekkan cerita jam 8.50 malam kami sudah sampai di Seksyen 16 Bangi. Hasratnya malam itu kami bermalam di Melaka tapi sudah kesuntukan masa lalu bermalam di kawasan tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...