Salam. Pergi pada hari ke-3 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada artikel Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Ziarah di sekitar Bangi dan Teras Jernang.
Pagi Selasa 24 Mac 2026. Setelah bermalam 2 hari di Bangi, kami meneruskan perjalanan ke arah selatan dengan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
Di satu sudut bilik terdapat juga simpanan majalah legend yang masih dalam ingatan dalam era 90-an dan 2000-an. Saya meminati majalah Ujang. Majalah ini yang saya jumpa. Selain majalah legend, masih dalam ingatan ialah Kampung Boy.
Terasa keletihan menikmati aiskrim yang sensasi masa kini. Kemudian singgah bersolat di masjid berdekatan rumah itu untuk bersolat Jamak Maghrib dan Isyak.
Berhenti di Melaka Sentral untuk melihat tarikan baharu. Dahulu asal adalah jejantas biasa yang kini diperbaharui.
Lihat artikel Jejantas Tun Teja di blogspot Alam Melayu dan Islam.
Kelihatan pada gambar yang saya rakam ia seakan-akan Saloma Link.
Perjalanan diteruskan lagi ke Pengkalan Rama.
Singgah di Melaka River Cruise di Taman Rempah. Keadaan ketika itu jam 10.53 malam. Ketika ini tidak terlalu ramai kerana di sana bukan cuti hujung minggu.



















No comments:
Post a Comment