Wednesday, 8 January 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Mukadimah dari Kuala Krai ke Bentong dalam beberapa dugaan

Salam 8 Januari 2020. Merujuk kepada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Cerita akan datang ke tahun baru 2020 yang dipersembahkan Khamis 26 Disember lepas. Artikel dipersembahkan hari tersebut menandakan kami sekeluarga sudah sampai ke rumah. Setelah lebih genap 3 minggu perjalanan yang dibuat pada Rabu 18 Disember 2019 maka barulah sampai masa untuk berkongsi cerita kepada korang. 

Perjalanan ini telah bermula jam 10.15 pagi Rabu 18 Disember 2019 bersama keluarga saya. Disebabkan ada bapa saudara saya bersama sepupu yang datang dari rumah datuk saudara saya untuk mengikut pergi ke Kuala Lumpur. Tetapi dia pulang ke rumah masing-masing disebabkan ada kerja di sana selepas itu. 


Sampai di Kadok bapa saudara itu membeli keropok. Bapa saudara saya menanyakan kepada saya nak beli keropok tetapi kami semua tidak mahu untuk membeli itu. 

Seterusnya kami meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai. 

Saya terasa kekok apabila air yang akan melimpah ke jalan besar di Machang. Rasanya datang dari sungai akibat hujan lebat berterusan. Tetapi syukur Alhamdulillah tiadalah kejadian banjir sebesar seperti tahun 2014. Misalnya banjir 2014 datang dari air hulu yang melimpah dari Sungai Kelantan, bukan disebabkan hujan lebat.

Ini adalah sungai Machang. Tidak lama lagi akan melimpah terus ke kawasan berikutnya di Machang. Tetapi saya rasa bimbang takut akan muncul gelombang kedua nanti. Misalnya ketika itu ada berita banjir di Jeli, Tanah Merah dan Rantau Panjang seperti dikhabarkan dalam Facebook. Jeli merupakan jajahan paling teruk ditenggelami banjir dan paling ramai dipindahkan ketika itu. Apatah lagi jalan untuk ke Gerik tidak boleh dilalui semua kenderaan ringan. Apa pun kami anggap dah Allah SWT atur begini.



Apapun biar perjalanan tetap diteruskan walaupun keadaan hujan begitu lebat di Machang ketika musim ini. Kebiasaannya hujan lebat berterusan boleh menyebabkan banjir dan kedudukan paras sungai di kawasan tebing meningkat.

Jalan semakin sesak di Kuala Krai mungkin kerana ada jalan sudah dibaiki. Semasa perjalanan tahun baru cina yang lepas ketika itu jalan bersebelahan sudah dibaiki dan tidak dapat dilalui dan menggunakan jalan pintas sementara. Lihat artikel lama Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Permulaan perjalanan dengan meredah jalan jammed. Sekarang sudah dilalui kenderaan.

Dari Kota Bharu saya terus melalui ke jalan Gua Musang lalu singgah di stesen minyak Petronas di Guchil bagi memberi ruang membuang air kecil.

Dari Kuala Krai kami terus meneruskan perjalanan ke Gua Musang lalu singgah di RnR Gua Musang yang lama.

RNR Gua Musang lama inilah kami terus berhenti berehat dan menunaikan solat Zohor lalu menjamakkan Asar.

Selepas solat saya terus ke meja makan lalu membeli makanan. Makanan yang kami sediakan adalah sejenis nasi secara kebiasaannya.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan untuk sampai ke Merapoh.

Lalu berdekatan simpang bandar Gua Musang kelihatan seperti 'Masjidil Haram' yang mempunyai 9 menara. Tak silap namanya Masjid Razali. Letaknya di Bandar Lama Gua Musang. Masjidil Haram sebenarnya berada di Mekkah tetapi kita lihat sekarang sudah beberapa kali renovate. Rasanya masjid ini baru sudah siap. Menghadap dari hadapan ialah Masjid Buluh dengan binaan masjid semuanya dibuat dengan anyaman dan batang buluh.

Saya lalu menyangkakan lebuhraya baru Gua Musang dibuka tetapi masih belum dibuka. Terpaksa pula menggunakan terowong untuk sampai ke Merapoh, ini adalah jalan lama untuk ke Merapoh.

Berdasarkan Google Maps jarak dari Kota Bharu ke Gua Musang adalah 185 km dan memakan masa selama 3 jam 4 minit. Disebabkan memakan jarak paling lama kami terus melalui lebuhraya CSR Kuala Lipis untuk sampai ke Kuala Lumpur. Ketika itu menunjukkan jam 3.20 petang.

Dari Merapoh kami meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Raub lalu singgah di stesen minyak Petronas di Raub untuk mengisi minyak. Kami berasa kepenatan lalu membuang air kecil pula disebabkan perjalanan jarak yang lebih jauh.

Selepas itu kami meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Lebuhraya Karak. Keadaan jalan Raub begitu 'jammed' disebabkan bandar yang terlalu sibuk dengan pulang dari tempat kerja.

Disebabkan cuaca ketika berada di Bentong hujan lebat kami meneruskan lagi perjalanan walaupun dalam keadaan letih. Selepas meredah bandar Bentong sejauh 6.8 km barulah saya terus melalui Lebuhraya Karak.

Hampir senja kami meneruskan perjalanan dengan melalui Lebuhraya MRR2 untuk sampai ke Cheras.

Kelihatan pada Google Maps jarak perjalanan untuk sampai ke Shah Alam sekurang-kurangnya 1 jam 4 minit bersamaan jarak 39 km yang dicampur sekali dengan pertambahan kenderaan disebabkan masa inilah orang yang pulang dari tempat kerja.

Dari Gombak saya meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Shah Alam lalu singgah berdekatan Petron Cheras dengan memberhentikan kereta milik bapa saudara saya. Di sinilah bapa saudara saya mengesetkan laluan Waze untuk sampai ke Seksyen 27. Tetapi bapa saudara saya menetap di Cheras, tetapi berasal dari kampung saya disebabkan pekerjaan berada di situ. Jam ketika itu sudah masuk 7.30 malam.

Selepas itu barulah meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Shah Alam.

Dipendekkan cerita pada jam 8.20 malam ketika itu hampir waktu Isyak sampai ke rumah saudara saya yang beralamat di Jalan Pilus Dua. 


Nota : Korang yang tak tahu ini adalah artikel yang ke-99 di blogspot ini. 

1 comment: