Monday, 21 January 2019

Menjejakkan kaki ke Pantai Mek Mas untuk mendaki bukit berpasir

Merujuk kepada artikel Nolstagia Sekolah Kebangsaan Pendek tahun 2007 - 2012 yang dipersembahkan pada hari Rabu lepas iaitu 5 hari lepas tentang pengalaman 5 tahun lepas berada di sekolah rendah kampung saya. Ini adalah satu perjalanan kecil di Pantai Mek Mas. Hari ini saya akan kongsikan untuk korang.

Petang Jumaat 18 Januari 2019 selepas menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid berdekatan dengan rumah saya, saya telah mengambil keputusan untuk berjalan-jalan ke Pantai Mek Mas berhampiran dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum sampai ke PCB saya mengambil keputusan untuk singgah solat Asar di masjid berdekatan dengan PCB. Lihat artikel Masjid As-Syakirin, Semut Api, PCB di blogspoJom ke Masjid.

Kebetulan kelihatan ombak di pantai PCB semakin menggelora. Betul-betul ramai pun tidak berani datang mandi di situ sedangkan ombak sedang menggelora.

Terlihat pada menara kawalan JPAM digantung juga bendera merah sebagai amaran mereka menjauhi aktiviti-aktiviti yang dilakukan di pantai.

Namun keadaan cuaca ketika berada di PCB masih dalam keadaan baik.

Perjalanan diteruskan ke Pantai Mek Mas untuk mendaki bukit berpasir.

Ternyata kelihatan seperti berada di Timur Tengah walaupun digelar negeri tanah airku negeri Serambi Mekkah. Saya mengambil keputusan untuk mendaki hingga ke puncak.

Supo kat negara Arab rupanya. Inilah kali pertama untuk mendaki bukit berpasir.

Alhamdulillah sudah sampai ke puncak tidak sampai 3 minit.

Ombak kelihatan masih bergelora di pemandangan dari puncak bukit berpasir ini.

Alhamdulillah sudah berasa kepuasan daripada mendaki bukit berpasir di Pantai Mek Mas. Sebelum saya pergi ke Pengkalan Chepa singgahlah solat Maghrib di masjid ini. Saya sangat terpegun dengan reka bentuk masjid ini. Lihat artikel Masjid Zairiz Al-Iman, Kedai Buloh, PCB.

Selepas solat Maghrib sebelum sampai ke rumah, saya meronda-ronda di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa untuk melihat kapal-kapal terbang lalu. Kelihatan lampu-lampu indah menerangi pintu gerbang masuk ke lapangan terbang.

No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...