Salam senja Selasa 24 Rabiulawal 1445H. Kali ini pula diteruskan lagi perkongsian dari tiga minggu lalu.
Petang Sabtu 23 September 2023 saya terus singgah di dataran stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu untuk menikmati festival makanan pilihan.
Difahamkan ia adalah kali pertama Jom Santai Food Festival mendarat di Kelantan. Jom Santai Food Festival diadakan di dataran stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 22 September hingga 1 Oktober dengan menampilkan beberapa makanan yang terbaik dan viral pada masa kini.
Bayaran masuk ke mini zoo mungkin dalam anggaran harga RM7 hingga RM12. Pelbagai haiwan eksotik memang dikatakan banyak di dalam mini zoo ini.
Kelihatan ramai orang yang menyertai kuiz semperna Jom Santai Food Festival yang ditujukan khas kepada peminat.
Antara aktivti yang dijalankan sepanjang festival ini seperti persembahan artis terkenal tanah air, Kota Bharu Berselawat bersemperna bulan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, Dikir Barat, Wayang Kulit, jualan lelongan barang, pertandingan makan dan banyak lagi.
Buat kali pertama saya baru pekena Kunafa yang dikatakan antara makanan Arab yang paling hangat pada masa kini. Kunafa diperbuat daripada bihun yang telah digaringkemudian dicampur dengan pelbagai perisa manisan.
No comments:
Post a Comment