Sebelum ini artikel Perjalanan tahun baru Islam ke Jeli dan Mydin Mall Tunjong yang dibuat pada 6 ogos lalu. Setahu saya bahawa hampir sebulan blogspot ini telah menyepi. Maka kali ini saya akan ceritakan korang tentang perjalanan buat kali pertama ke sekitar Lembah Klang. Alhamdulillah Khamis 8 September lepas saya dan keluarga telah selamat sampai ke rumah di Pendek pada jam 10.12 malam. Ini memang kali pertama selepas kerajaan telah melonggarkan hampir semua prosedur operasi standard atau standard prossedur operation (SOP) termasuk perjalanan rentas negeri yang dibuat hampir setahun lalu. Jom...
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG : afiqaslam_271100
Saturday, 10 September 2022
Kenduri Bangi 2022 - Permulaan siri perjalanan
Perjalanan secara rasminya bermula pada Jumaat 2 September 2022 jam 9.00 pagi di mana hari bermulanya cuti persekolahan penggal kedua.
Sebelum perjalanan singgah di Pasar Borong Wakaf Che Yeh yang letaknya berhampiran dengan rumah saya di kampung Pendek untuk membeli barang keperluan.
Kemudian melewati jam 10 pagi kami terus ke Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (LKBKK) untuk menuju ke Kuala Krai.
Jam 12.45 tengah hari singgah di masjid jamek bandar Gua Musang untuk melepaskan kepenatan sambil beriktikaf.
Selesai itu diteruskan lagi perjalanan untuk mengambil laluan Central Spine Road (CSR) untuk sampai ke Raub. Mungkin sekarang laluan lama Merapoh memang tidak akan dilalui selepas ini bila korang nak ke Kuala Lumpur atau ke Kelantan.
Kali terakhir pernah cerita tentang perjalanan sama pada 2 tahun lalu iaitu pada ketika itu dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Tetapi ketika itu dalam perjalanan ke Melaka sepertimana dirujuk dalam artikel Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Dugaan di Bangi.
Kalau ikutkan tadi singgah di bandar Raub untuk melepaskan kepenatan sambil mengisi minyak. Seterusnya jam 6.05 sekali lagi masuk ke lebuhraya CSR. Berkemungkinan besar tiap kali cuti sekolah atau cuti perayaan akan melalui laluan ini apabila dalam perjalanan ke Kuala Lumpur atau ke Kelantan. Lebuhraya ini baru dibuka semasa kerajaan membenarkan perjalanan merentas negeri pada Oktober tahun lepas.
Kalau dulu secara kebiasaan kami melalui bandar Bentong untuk sampai ke lebuh raya Karak tapi kali ini baru dapat melalui lebuh raya baru ini. Ia menghubungkan hingga ke Kota Bharu di Kelantan untuk mengelakkan laluan yang pernah dilalui sebelum ini ialah jalan lama. Cuma setakat ini hanya sampai ke Mempaga dan kembali melalui jalan lama untuk sampai ke Raub sebab lebuh raya sana belum siap.
Lakaran laluan menunjukkan perjalanan memakan masa antara 458 km. Korang nak tahu ini adalah artikel yang ke-177 di blogspot Nota Untukmu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah
Salam. Merujuk pada artikel Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu yang dipersembahkan pada 30 Ok...
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam Jumaat. Merujuk pada artikel Mari hadir ke pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat Ridhuan AS dipersembahkan pada Rabu 14 Oktobe...
-
Salam hari Arafah. Sedar tak sedar esok bermulanya Hari Raya Aidil Adha, dikenali dengan hari raya korban atau hari raya haji. Disambung lag...
No comments:
Post a Comment