Salam 8 Muharam 1444H. Masih sempat juga untuk mengucapkan selamat menyambut maal Hijrah 1444H biarpun memasuki hari ke-7 tahun baru Islam ini. Dikongsikan lagi tentang cerita berkenaan.
Pagi Jumaat 29 Julai 2022 bersamaan 29 Zulhijjah 1443H saya dan keluarga bertolak dari rumah di Pendek untuk ke kampung abang ibu saya di Jeli.
Jam 12.25 sampai di Jeli lalu singgah di pasar borong. 20 minit kemudian baru sampai ke rumah abang ibu saya di Taman Kifayah, Jeli.
Masjid ini sudah beberapa kali singgah walaupun berada berdekatan dengan rumah itu. Kali terakhir singgah di masjid ini ialah pada awal Februari 2020 sebelum COVID-19 melanda dunia termasuk Malaysia.
Dalam 3 bulan lalu singgah di Jeli adalah pada hari raya Aidilfitri lalu. Ketika itu singgah kenduri di Batang Merbau, Tanah Merah. Lihat artikel Perjalanan ke Terengganu semperna Syawal - Memasuki hari pertama yang juga hari raya yang ke-5.
Keesokannya Sabtu 30 Jun 2022 bersamaan 1 Muharam 1444H (ketika menyambut Maal Hijrah) setelah bermalam semalaman di kampung, kami terus meninggalkan Jeli untuk sampai ke rumah di Pendek. Sambil-sambil itu singgah di Mydin Mall Tunjong. Bersebelahannya terdapat surau ini. Lihat Surau Mydin Mall Tunjong di blogspot Jom ke Masjid.
No comments:
Post a Comment