Saturday 16 July 2022

Majalah SMK Kota 2016 Edisi Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota sehingga kini masih disanjung dan dikenang

Salam semua. Ada disebut bahawa artikel menyebut Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota yang telah dilaksanakan pada tahun 2016. Sebelum ini artikel yang dibuat ialah :

1. Kompilasi Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota 28-29 April 2016

2. Video mengenai sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota 2016


Ketika itu saya tidak tertubuh lagi blogger, maka untuk tahun ini sejak 2018 sekarang baru boleh menubuhkan blog ini untuk menceritakan tentang nota kehidupan saya dari dulu sampai sekarang. Giliran ini pula tentang majalah sekolah edisi khas Jubli Emas yang masih dikenang sehingga kini. 



Majalah ini baru siap lengkap pada Mac 2017 dan akan diedar kepada beberapa pelajar terpilih sebagai mengenang jasa ketika berada di zaman persekolahan. Pelajar terpilih sebelum ini berada di tingkatan sebelumnya kini berada di tingkatan 2 hingga 6 termasuk kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Gambar di atas yang sebelah kiri iaitu Tuan Pengetua Cemerlang SMK Kota 2015-2019, Tuan Haji Kamaruddin Deraman, pengetua tahun 2005-2015, Tuan Haji Mohd Pauzi Mat Hussin (sebelah kiri kedua; dan wajah-wajah pengetua yang pernah berkhidmat di SMK Kota pada sebelum ini. 



Wajah-wajah persekitaran SMK Kota pada tahun 2016. Antara paling legend ialah tugu jam 1 Malaysia yang mana sewaktu ketika itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang menggunakan konsep 1 Malaysia yang diasaskan pada tahun 2009, iaitu sewaktu beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. 



Antara penganugerahan sijil yang mengharumkan nama sekolah yang pernah merangkumi SMK Kota : 


1. Top 10 Hari Koperasi Sekolah 2016 Peringkat Negeri

2. Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik semperna Hari Koperasi Negara 2016 Peringkat Negeri Kelantan

3. Johan Guru Pembimbing Koperasi Terbaik Peringkat Kebangsaan 2016, Suhaimi Sulaiman dari guru koperasi SMK Kota

4. Naib Johan Kategori Junior Sekolah Menengah dianugerahi oleh Kelab Setem dan Filateli (KeSeF) POS Malaysia

5. 3 Johan Inovasi Bahan Bantu Pembelajaran Doktor Muda

6. Johan seni bela diri Taekwondo Millenium Club Peringkat Negeri Kelantan 2016




Sambutan besar-besaran Jubli Emas yang diadakan pada Khamis 28 dan Jumaat 29 April 2016. 




Kejohanan merentas desa yang diadakan pada Khamis 28 Januari 2016. 







No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...