Wednesday, 13 July 2022

Raya Haji 2022

Salam petang 13 Zulhijjah. Tetapi masih berkesempatan lagi boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Haji/Aidil Adha/Korban. Apapun dikongsikan lagi cerita tentang aktiviti tersebut. 



Tiap tahun umat Islam mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Raya Haji/Korban/Aidil Adha di kampung pada 10 Zulhijjah setiap tahun, setelah tahun lepas tidak dapat beraya seperti sebelum pandemik akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung penularan wabak Covid-19. Ketika itu aktiviti korban hanya diadakan rumah penyembelihan dengan kelulusan pihak tertentu dan masjid sahaja. 

Ahad 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah menunaikan solat sunat hari raya di masjid kampung saya di Pendek. 



Selepas itu saya dan keluarga serta saudara mara dan sahabat handai ke rumah rakan ayah di Mentuan Binjai. Kali ini sebanyak enam ekor lembu telah dikorbankan ketika itu. 






No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...