Salam. Minggu lepas saya ada sesuatu yang mendapat tahu tentang sambutan boleh diadakan. Apapun jom...
Pada 24 Jun - 2 Julai 2022, iaitu dalam 10 hari diadakan Pesta Buku Kelantan tahun 2022 yang diadakan di KB Mall.
Tetapi saya pergi ke pesta tersebut pada hari Jumaat 1 Julai itu, iaitu sehari sebelum penutupan majlis. Selepas solat Jumaat di masjid kampung saya, saya pun bergerak ke lokasi sambutan berkenaan bertempat di KB Mall. Memang seronok sungguh terasa dapat melihat segala gerai ribuan buku yang disediakan kepada umum.
Korang nak tahu, selain sambutan Aidilfitri pada dua tahun sebelum ini, pesta buku bagi tahun 2020 dan 2021 juga tidak dapat diadakan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19. Maka kali ini ada sesuatu yang istimewa dapat hadir setelah dua tahun pesta tertunda.
Cuma 3 tahun lalu dapat menyertai Pesta Buku Kelantan. Lihat artikel Pesta Buku Kelantan 2019 di Dewan Jubli Perak MPKB.
No comments:
Post a Comment