Monday, 4 July 2022

Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2022

Salam 4 Zulhijjah 1443H. Baiklah di sini saya kongsikan mengenai aktiviti yang diadakan di sekolah menengah yang mana saya belajar pada tahun 2013-2017. Walaupun saya tidak menyertai aktiviti tersebut kerana saya terlalu banyak kesibukan demi pekerjaan. 




Khamis 30 Jun 2022 diadakan kejohanan merentas desa di SMK Kota untuk tahun 2022. 



Dimulakan dengan pendaftaran masuk dan aktiviti senamrobik jam 8 pagi. 










Laluan yang dilakar semasa aktiviti larian merentas desa. 










Seperti biasa juga sebelum acara bermula, bekas-bekas pelajar SMK Kota bergambar untuk kenangan. 







Air berperisa disediakan percuma kepada peserta yang terasa letih. 




Selain dari sambutan hari raya Aidilfitri dua tahun sebelum ini, aktiviti merentas desa pada tahun lalu juga tidak dapat diadakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19. Aktiviti pembelajaran di sekolah pada tahun tersebut juga dilaksanakan secara dalam talian di rumah sahaja yang dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR). 

 




Seingat saya pada 3 tahun lalu saya menyertai acara tersebut. Antara artikel yang saya dapat menyertai acara tahunan begitu bermakna buat saya : 














Penyampaian hadiah kepada pemenang acara disempurnakan oleh Pengetua SMK Kota, Hajah Rosemawati Ibrahim. Guru pentadbir yang turut hadir ialah PK Pentadbiran, Cikgu Rosli Ab Rajab, PKHEM, Cikgu Ridzuan Abd Wahab, PK Kokurikulum, Cikgu Pauzi Mohamad dan PK PPKI, Cikgu Hamzah Abdullah Kutty. Naib juara bagi rumah sukan dalam acara tersebut ialah Bendahara (Hijau). 




Rumah sukan Laksamana (Biru) masih mengekalkan johan aktiviti tersebut sebagaimana diceritakan pada artikel yang dinyatakan sebelum ini. Tahniah kepada para pasukan rumah sukan Laksamana telah meraih juara keseluruhan bagi rumah sukan. Kepada yang tak berjaya pada tahun ini, InsyaAllah di tahun depan dan seterusnya. 


No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...