Sunday, 9 February 2020

Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2020 - Senamrobik dan acara larian dari Wakaf Che Yeh ke Taman Guru ke Pintu Geng

Salam semua. 2 minggu lepas dalam hari Khamis sukacita dimaklumkan saya berkesempatan menyertai Kejohanan Merentas Desa di SMK Kota. Bermulalah perkongsian korang...

Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2020 diadakan pada 30 Januari 2020 bermula jam 8 pagi hingga 2 petang. Ucapan perasmian penutup dijangka dirasmikan oleh Pengetua SMK Kota, Tuan Hj Shamsul Bahari bin Jaafar. 

Peta laluan semasa merentas desa hanya merentasi laluan seperti biasa, antaranya bermula dari pintu depan pagar sekolah seterusnya melalui Wakaf Che Yeh, Taman Guru, Pintu Geng, Kota dan menerusi garisan penamat pula ke SMK Kota juga. Hampir setahun saya turut menyertai acara tersebut melalui artikel : 





Majlis tersebut dimulakan dengan semua pelajar SMK Kota berkumpul ke Dewan Kota Jelasin untuk menanda kehadiran pelajar. 

Aktiviti bermula dengan aktiviti senamrobik. 


Sebelum menyertai, saya mengisi borang sebagai kategori terbuka. Walaupun saya bekas pelajar SMK Kota 2013 - 2017. Kebetulannya saya memegang nombor bertulis ZL, lengkap dengan baju sukan, seluar sukan dan berkasut sebagai permulaan acara. 

Sebelum memulakan acara bermula jam 8.45 pagi, saya bersama bekas-bekas pelajar ingin menyertai bergambar bersama-sama. Kebetulan kebanyakan memang pelajar dari tingkatan 5 ketika itu. Kalau saya tingkatan 5 2017. Termasuk ada seorang sepupu saya tinggal di Salor, dia belajar di Pasir Gudang, Johor merupakan bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa yang juga calon SPM 2018. Seterusnya menjadi bekas pelajar SMK Kota pada tahun 2014 - 2016. Selepas itu PKP memicitkan hon sebagai tanda larian bermula. 

Acara larian bermula. Gambar di atas menunjukkan laluan berhampiran SMK Kota merupakan garisan mula.

Rasanya kita sudah menghampiri Checkpoint 1. Kebetulan laluan ini merupakan lorong belakang sekolah Kota, berdekatan Wakaf Che Yeh. Sepupu saya kebetulan berbaju putih sudah hampir mencapai kelajuan larian.

Alhamdulillah kita sudah berjaya melepasi Checkpoint 2 di Taman Guru, Pintu Geng dan berjaya mendapatkan nombor kupon.

Baru menghampiri Checkpoint 4 dah berasa keletihan.

Baru terasa sudah menghampiri Checkpoint 5, iaitu berdekatan dengan simpang 3 Wakaf Che Yeh.




Saya agak terkejut apabila melihat dengan mata kasar sendiri ada nama saya Aslam pada singboard kedai itu, letaknya berhadapan Masjid Kota, hampir dekat dengan cafe Kopi Mesin Kota. Saya memang terkilan apabila menggunakan nama saya pada kedai itu.

Ia sebenarnya kedai penjualan pelbagai jenis telefon bimbit terbaru, aksesori, terpakai dan secondhand. Ketika saya mengambil gambar baru sedar ada nama saya Aslam pada singboard kedai tersebut, agaknya memang rezeki dialah untuk menjual telefon pelbagai harga yang ditawarkan. Kalau seperti saya memakai dua telefon bimbit iaitu Xiaomi Redmi 6 dan iPhone 5s. Saya pun hanya bekerja sendiri sahaja. Apapun saya percaya ini bukan kebetulan. Memang ada petunjuk apabila ada nama saya tertulis di singboard tersebut. Gambar di atas ketika itu sudah menghampiri Checkpoint 6 iaitu berdekatan dengan bulatan Kampung Kota. Maknanya kita sudah menghampiri garisan penamat. 



Dipendekkan cerita jam 9.50 pagi saya sudah sampai ke garisan penamat (pintu masuk utama SMK Kota) setelah lebih sejam saya menghadapi cabaran larian sejauh lebih kurang 3 km.


Selepas sampai ke garisan penamat kita menghantar checkpoint di garaj kereta pentadbir untuk mengetahui siapa yang menang.

Selepas berasa keletihan saya terus masuk ke pejabat sekolah untuk mengambil sijil SPM. Ya Allah tak perasan sijil belum ambil lagi. Tetapi ada juga calon SPM 2017 yang belum ambil sijil SPM sedangkan sejak lebih 3 tahun lepas baru menamatkan persekolahan. 

No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...