Thursday 6 February 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Jalan-jalan cari makan di Sungai Merab

Salam malam Jumaat. Berdasarkan artikel berkaitan dengan perjalanan di sekitar Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan lebih kurang 2 bulan lepas iaitu Perjalanan akhir tahun 2019 - Kenduri di Meru dan berpusing-pusing ke bandaraya Kuala Lumpur ada disebut bahawa kemungkinan besar artikel sambungannya iaitu bagi hari ke-6 perjalanan akan dikongsikan lewat. Alhamdulillah tadi saya sudah selesaikan artikel berkaitan dengan perjalanan kecil ke Terengganu semperna Tahun Baru Cina baru-baru ini dengan memasuki fasa terakhir. Lihat Perjalanan semperna Tahun Baru Cina 2020 - Miami Beach dan 2 jam menunggu goreng keropok lekor di Setiu. Artikel tersebut dibuat secara berasingan. Tetapi korang perlu fokus dulu dengan cerita hari-6 perjalanan kami sekeluarga ke Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan. 

Pagi Isnin 23 Disember 2019 kami bersama bapa saudara saya keluar dari rumah untuk membeli barang. Selepas itu kami terus ke Sungai Merab untuk menikmati makan tengah hari.

Sebelum itu kami singgah di pasaraya Econsave Bangi untuk membeli barang keperluan.





Selepas itu kami terus ke Sungai Merab. Ketika itu jam menunjukkan hampir 12.00 tengahari.

Inilah kali pertama kami melalui jalan Sungai Merab. Dan kali ini juga kami makan di restoran itik salai.

Bapa saudara saya juga membelanjakan makanan untuk kami. Beraneka nasi juga disediakan. 


No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...