Monday, 10 February 2020

Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2020 - Ucapan penutup daripada PK Pentadbiran dan penyampaian hadiah


Pada jam 11 pagi selepas rehat, semua peserta merentas desa diminta ke Dewan Kota Jelasin untuk ucapan penutupan dan penyampaian hadiah kepada peserta yang menang. 

Antara guru-guru pentadbir yang hadir ialah PK Pentadbiran merangkap sebagai Pengetua SMK Kota Cikgu Rosli bin Abdul Rajab, PK HEM Cikgu Ridzwan bin Wahab, PK Kokurikulum Cikgu Pauzi bin Mohamad. Sepatutnya perasmian penutup acara tersebut dirasmikan oleh Pengetua SMK Kota Cikgu Tuan Hj Shamsul bin Bahari Jaafar, namun beliau tidak dapat hadir bersama disebabkan kesibukan. 

Selepas bacaan doa, sebelum penyampaian hadiah dimulakan dahulu dengan ucapan perasmian penutup dirasmikan oleh PK Pentadbiran Cikgu Rosli bin Rajab. 

Acara merentas desa merupakan acara larian secara santai. Peserta terdiri daripada rumah sukan dan terbuka, khusus untuk bekas-bekas pelajar SMK Kota termasuk saya. Antara nilai yang membawa semasa acara ialah semangat kesukanan. Aktiviti larian tersebut melibatkan laluan dari belakang SMK Kota ke Taman Guru ke Pintu Geng. Acara tersebut bukan suka-suka, merupakan sukan santai. Beliau berharap Kejohanan Merentas Desa memastikan keselamatan pelajar begitu baik. Seluruh warga SMK Kota amat menghargai. Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya, kepada yang tidak berjaya jangan kecewa. Sepanjang tahun acara tersebut akan dibuat khususnya kepada bekas-bekas pelajar yang cuti semester, bekerja hampir dekat dengan sekolah dan sebagainya. Pakaian semasa acara ialah berpakaian baju sukan, seluar sukan dan berkasut. Seterusnya beliau merasmikan penutup acara tersebut dengan lafaz mulia.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang dimulakan dengan kategori lelaki (A, B dan C) dan perempuan (A, B dan C).


Seterusnya diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada peserta Pendidikan Khas di bawah pentadbiran penolong kanannya Cikgu Hamzah bin Abdullah Kutty.






Terasa ramai para pelajar memberi sorokan apabila pelajar apabila diraih sebagai naib Johan dan Johan.

Penyampaian anugerah masih diteruskan lagi bagi kategori terbuka. Saya tidak sangka pun rakan saya, Aidil Azhar dahulunya sekelas dengan saya mendapat naib johan.


Peserta terbuka yang menang menaiki pentas untuk bergambar kenangan.

Penyampaian diteruskan lagi adalah bagi rumah sukan Laksamana, Temenggong, Bendahara dan Panglima. Rumah sukan Panglima dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Kejohanan Merentas Desa tahun ini.

Rumah sukan Laksamana masih mengekalkan johan Merentas Desa seperti diceritakan tahun lepas. Tahniah kepada para pasukan rumah sukan Laksamana telah meraih juara bagi rumah sukan. Lihat artikel lama Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2019 - Ucapan penutup oleh PK Pentadbiran dan penyampaian hadiah.

Kepada korang yang tak berjaya pada tahun ini InsyaAllah di hari lain dan seterusnya. Tahniah kepada korang yang dapat mengharumkan nama sekolah sebagai SMK Kota Sekolah Transformasi. Cukuplah perkongsian korang. 

No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...