Sunday 24 February 2019

Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2019 - Ucapan penutup oleh PK Pentadbiran dan penyampaian hadiah

Bersambung daripada Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2019 - Senamrobik dan acara larian di sekitar Pintu Geng dan Taman Guru...

Pada jam 11 pagi selepas rehat, semua peserta merentas desa diminta ke Dewan Kota Jelasin untuk ucapan penutupan dan penyampaian hadiah kepada peserta yang menang.

Mengalu-alukan ketibaan yang berusaha baisan para pentadbir termasuk PK Pentadbiran yang merangkap Pengetua SMK Kota, Hisham Haji Ahmed, PK HEM Rosli Abdul Rajab, PK Kokurikulum Pauzi Mohammad, PK Tingkatan 6, Nooraini Awang dan PK Pendidikan Khas Hamzah Abdullah Kutty.

Selepas bacaan doa daripada salah seorang pelajar Tingkatan 6 Atas, Ahmad Marzuki Mohd Saufi, ucapan ini dimulakan dengan ucapan penutup semperna Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2019 oleh PK Pentadbiran yang merangkap Pengetua SMK Kota Hisham Haji Ahmed. Syukur Alhamdulillah tiada lagi kejadian yang tidak diingini semasa kejohanan merentas desa tersebut. Walaupun peserta merentas sejauh di sekitar Wakaf Che Yeh, Taman Guru, Pintu Geng dan Kota dengan berjalan secara solo. Tidak lupa juga beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sudi meluangkan masa untuk menyertai merentas desa di sekolah tersebut. Selepas ucapan beliau juga merasmikan penutupan kejohanan merentas desa peringkat sekolah tersebut.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang dimulakan dari kategori pelajar Pendidikan Khas. Penyampaian hadiah ini disokong oleh PK Pendidikan Khas Hamzah Abdullah Kutty.

Selepas itu penyampaian hadiah kepada pemenang adalah bagi kategori terbuka lelaki dan perempuan.

Selepas itu diteruskan lagi bagi kategori lelaki (A, B dan C) dan perempuan (A, B dan C).




Penyampaian diteruskan lagi adalah bagi rumah sukan Laksamana, Temenggong, Bendahara dan Panglima.

Naib juara bagi rumah sukan dalam acara tersebut ialah pasukan rumah sukan Temenggong.

Dan juara bagi acara merentas desa ialah Laksamana. Tahniah kepada para pasukan rumah sukan Laksamana telah meraih juara bagi rumah sukan. Kepada korang yang tak berjaya pada tahun ini InsyaAllah di hari lain dan seterusnya. Tahniah kepada korang yang dapat mengharumkan nama sekolah sebagai SMK Kota Sekolah Transformasi 2019. Cukuplah perkongsian korang.

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...