Thursday 5 May 2022

Kompilasi Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota 28-29 April 2016

Salam 4 Syawal 1443 Hijriah. Tak lupa juga saya sebagai penulis blog Nota Untukmu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Setakat ini hanya 5 artikel yang saya kumpulkan untuk dipersembahkan di blogspot ini. Tentangnya mengenai sambutan Juli Emas 50 Tahun SMK Kota yang berlangsung pada 28-29 April 2016. 





Pada hari Khamis dan Jumaat 28 dan 29 April 2016 adalah hari 'merayakan' sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota. Sambutan ini bertujuan untuk memperingati 50 tahun yang lalu pada ketika itu dengan melakar sejarah penubuhan awalnya pada tahun 1965. Pada mulanya SMK Kota menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota dan tiga tahun kemudian iaitu 1968 yang mana dua bangunan sendiri telah siap dibina. Peringkat awalnya terdiri daripada dua aliran iaitu aliran Melayu dan Inggeris yang mana pada ketika itu pelajarnya seramai 230 orang yang datang dari sekolah rendah berdekatan iaitu SK Kota, SK Seri Kota, SK Pendek dan SK Bunut Payong dan lain-lain lagi. 


Dimulakan dengan aktiviti diadakan pada hari Khamis 28 Januari 2016 adalah aktiviti kejohanan merentas desa. Larian sejauh 6 km melibatkan Lorong Belakang Sekolah, Jalan Taman Guru dan Jalan Pintu Geng. 


Pada hari Khamis dan Jumaat 28 dan 29 April 2016 diadakan sambutan besar-besaran dengan adanya aktiviti gerai jualan dan pameran. Tentatif sambutan pada hari Khamis tersebut ialah perasmian sambutan, bacaan doa, pelancaran produk Air Cincau keluaran koperasi sekolah, sidang media dan lawatan ke gerai jualan dan pameran. Aktiviti sambutan tersebut dengan kerjasama RTM Kelantan FM ialah persembahan dikir barat, seloka bersahut dan forum Islam. 


Manakala untuk aktiviti hari Jumaat 29 April 2016 dimulakan dengan aktiviti senamrobik, pertandingan mewarna dan pertandingan menggubah hantaran. Dan pada sebelah petang itu juga diakhiri dengan Majlis Ukhuwah Alumni yang dihadiri beberapa bekas pelajar yang pernah belajar di sekolah tersebut dan dapat bertemu rakan-rakan yang dirindui. 


Berikut artikel yang telah dipersembahkan : 


1. Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Lebih banyak kenangan terindah yang akan menyusul


2. Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Kejohanan Merentas Desa


3. Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Karnival Hari Koperasi dan Perasmian Sambutan (Bahagian 1)


4. Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Karnival Hari Koperasi dan Perasmian Sambutan (Bahagian 2)


5. Kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Kota - Forum Perdana dan Pertandingan Mewarna




No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...