Tengah hari Sabtu 7 Disember 2019 saya bersama keluarga dan saudara saya yang pulang dari Bangi terus pergi ke Kediaman Tok Guru, Pulau Melaka. Arwah Tuan Guru Nik Aziz (Tok Guru) yang juga Menteri Besar Kelantan pada ketika itu berasal di sini. Tahun beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan dalam tahun 1990 hingga 2013. Masa itulah negeri kita ini diperintah oleh kerajaan PAS. Tetapi sekarang masih diperintah lagi oleh kerajaan tersebut di bawah naungan Menteri Besar sekarang, Datuk Ahmad Yakob. Semasa PRU14 tahun lepas negeri kita masih lagi mengekalkan kemenangan iaitu milik PAS. Walaupun Tok Guru ini masih disanjungi oleh ramai orang dan paling disayangi ketika majlis ilmu sedang berlangsung pada masa itu di Medan Ilmu Kota Bharu. Kelihatan kawasan ini dikelilingi oleh bangunan tahfiz dan juga masjid.
Saya di sini mengambil keputusan untuk singgah solat Zohor di masjid ini. Saya ingat Pulau Melaka ini berada di negeri Melaka, tetapi berada di Kelantan. Walaupun saya berasal dari negeri Kelantan ini juga. Lihat artikel Masjid Tok Guru, Pulau Melaka di blogspot Jom ke Masjid. Tanggal 12 Februari 2015 Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia akibat kanser dan beliau dikebumikan di Kubur Pulau Melaka. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Antara kuliah-kuliah mingguan yang diadakan di masjid ini. Termasuk juga tiga orang anak kepada Tuan Guru Nik Aziz. Antaranya Nik Abduh, Nik Razi Dan Nik Ajun.
Baru saya perasan di belakang masjid terdapat juga kediaman Tok Guru.
No comments:
Post a Comment