Thursday 12 December 2019

Sekitar kemenangan ke atas koperasi SMK Kota semperna Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 di Hotel Holiday Villa Subang

Salam malam Jumaat 15 Rabiulakhir. Sempurnakan tiap-tiap malam Jumaat dengan bacaan surah Yasin. Rasanya saya sudah sedar bahawa kemenangan telah diperoleh kepada koperasi SMK Kota semasa majlis anugerah kecemerlangan koperasi sekolah peringkat kebangsaan yang dibuat di salah sebuah hotel di Subang, Selangor. Majlis tersebut disambut dalam tiga hari sahaja pada minggu lepas. Hari inilah dikongsikan dengan sedikit cerita. Ini adalah sekadar perkongsian gambar daripada laman rasmi SMK Kota...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Peringkat Kebangsaan 2019 diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang, Selangor. Berlangsung selama tiga hari iaitu 3 hingga 5 Disember 2019 yang dirasmikan oleh Dato Nordin Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Turut dianjurkan ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa). Koperasi sekolah-sekolah lain yang paling terbaik juga turut menerima anugerah kecemerlangan koperasi sekolah mereka.

Diceritakan 3 bulan yang lepas mengenai penyerahan pengiktirafan perolehan RM 1 juta kepada koperasi sekolah kita di dewan besar SMK Kota.  Diteruskan lagi dengan pelancaran keluaran produk terbaharu KOPTA ialah sos bilis atau dikenali sebagai 'budu' kalau masyarakat di Kelantan. Lihat artikel Sekitar Majlis Penganugerahan Pengiktirafan Perolehan RM 1 juta kepada Koperasi SMK Kota (KOPTA) dan Pelancaran Produk Budu Keluaran KOPTA.

Selepas ucapan perasmian daripada Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, majlis masih diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan koperasi sekolah-sekolah lain yang paling terbaik.

Bagi Koperasi SMK Kota juga turut memenangi Johan Peringkat Negeri Kelantan, Anugerah Pembangunan Perniagaan Kiosk Koperasi Sekolah Terbaik, Anugerah Perolehan RM 1 juta Koperasi Sekolah 2018 dan Saguhati Peringkat Akhir (Top 16-28) Peringkat Kebangsaan. Penyampaian anugerah tersebut disampaikan kepada Tuan Pengetua SMK Kota yang merangkap Pengerusi Koperasi SMK Kota Berhad, Cikgu Shamsul Bahari Jaafar. Diiringi guru pengiring sekolah tersebut iaitu Cikgu Rosli Salleh, guru MPV, Cikgu Faridul Hafiz, guru Pendidikan Khas yang juga jurugambar sekolah dan Cikgu Madihah, Penyelaras Koperasi SMK Kota Berhad.



Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada koperasi sekolah-sekolah lain atas penerima anugerah kepada koperasi sekolah termasuk juga Koperasi SMK Kota Berhad yang menerima. Dan menjadikan koperasi contoh kepada sekolah-sekolah lain di Malaysia terutamanya di negeri Kelantan khususnya.

Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan pertandingan puisi daripada sekolah-sekolah lain. Manakala sekolah kita juga dibahaskan oleh dua pelajar yang bakal menerima keputusan SPM 2019 iaitu Zairi Fitri dan Sarah.



Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Koperasi SMK Kota Berhad yang telah menjayakan koperasi sekolah kita dengan jayanya. Kejayaan ini amat membanggakan kepada tuan pengetua sekolah, Cikgu Shamsul Bahari dan penyelaras koperasi, Cikgu Madihah, tak lupa juga kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Antara barangan-barangan yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh pihak KOPTA. Termasuk juga dikeluarkan oleh pelajar-pelajar PPKI SMK Kota. Tiga bulan yang lepas juga telah melancarkan keluaran produk terbaharu iaitu sos bilis (budu). Kejayaan koperasi SMK Kota bukannya mudah, malah amat membanggakan pihak sekolah apabila memajukan lagi koperasi sekolah tersebut. Dicampur lagi dengan penambahbaikan dan pembangunan kiosk yang telah dilaksanakan oleh koperasi sekolah tersebut. Antaranya restoran kopitiam, kedai prepaid/top-up, pasaraya koperasi, kedai pakaian, kedai fotostat dan kedai makanan segera. Cukuplah perkongsian setakat ini, bukannya banyak lagi gambar sebabnya saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut.


No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...