Salam semua. Bersambung lagi bahagian cerita Kenduri Bangi 2022 - Ziarah bekas peninggalan di sekitar Bangi. Ini adalah hari ke-6 yang juga terakhir siri perjalanan.
Pagi Khamis 8 September 2022. Setelah 7 hari 6 malam bermalam di Bangi kami terus meninggalkannya.
Oh! Ini adalah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bersambung ke laluan ibu kota hingga ke Kelantan. Jangkaan siap kemungkinan pada tahun 2026. Bermakna kelajuan dari ibu kota ke Kota Bharu dijangka sampai lebih kurang 4 jam.
Kalau dulu kita masuk ke bandar Bentong tapi ini kali kedua kita kembali ke Raub dengan melalui laluan Central Spine Road (CSR) semenjak kali pertama lalu pada hari pertama perjalanan kita ini. Nak banyakkan lagi beberapa artikel yang pernah dikongsi laluan dulu ini boleh dikongsikan melalui artikel lama lain.
Dari Raub terus mengambil sekali lagi ke CSR Kechai Tui untuk sampai ke Gua Musang. Jam 3.26 telah sampai ke sempadan negeri Kelantan berdekatan Mentara dan seterusnya keluar melalui persimpangan Mentara.
Selepas Mentara terus ke bandar lama Gua Musang. Singgah di masjid baru bandar Gua Musang atau lebih dikenali 'Masjidil Haram Gua Musang'. Untuk pengetahuan ia baru sahaja dibuka pada 1 April lepas, semasa kerajaan telah membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau dengan syarat rapatkan saf dan kini dijadikan sebagai masjid bandar. Lihat artikel Masjid Razaleigh setelah dibuka di blogspot Jom ke Masjid.
Terasa nak bergambar di dewan solat masjid baru ini bolehlah bergambar melalui cermin.
Dari menghadap jammed dari Kuala Krai ke Machaang baiklah singgah di masjid ini. Lihat Masjid Cabang Tiga Batu Jong.
No comments:
Post a Comment