Thursday 24 January 2019

Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Ucapan perasmian dan melawat gerai-gerai jualan

Salam malam Jumaat. Pagi Ahad lepas saya terlepas pandang pergi ke SMK Kota, sebelah RTM Wakaf Che Yeh, Kota Bharu ada sambutan karnival koperasi sekolah dan perasmian kompleks koperasi.

Baru saya tunjuk dalam Facebook berkenaan dengan sambutan hari koperasi dan perasmian kompleks koperasi SMK Kota atau KOPTA yang diadakan hari Ahad lepas. Pagi Ahad 20 Januari 2019 barulah berlangsung dan saya turut pergi ke sekolah itu.

Jam 9:45 pagi barulah ketibaan Datuk Nordin Salleh selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia ke Dewan Kota Jelasin diiringi Tuan Pengetua Cemerlang SMK Kota, Tuan Haji Kamaruddin Derahman dan Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), Muhammad Zahari Othman. Selepas itu mereka akan menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Kecemerlangan Koperasi bersama-sama disertai dengan bacaan doa daripada Ustaz Md Zaid Yaacob.

Hadir sama pada sambutan hari tersebut ialah pihak penyiaran dan wartawan RTM Kelantan FM, bekas-bekas pelajar SMK Kota dan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Kemeriahan hari berkenaan cukup sederhana disertakan dengan karnival gerai-gerai jualan.

Ucapan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua Cemerlang merangkap Pengerusi Koperasi SMK Kota Berhad, Tuan Haji Kamaruddin Derahman. Beliau dikatakan akan bersara pada hari Khamis ini (baru tadi sudah bersara). SMK Kota merupakan sekolah harian biasa diiktiraf sebagai Sekolah Transformasi Pelajar. SMK Kota memiliki koperasi yang terbaik di Malaysia. KOPTA ialah kompleks koperasi sekolah yang pertama di Malaysia. Pelbagai kedai-kedai jualan hasil daripada Koperasi SMK Kota Berhad ialah kafe, pasaraya (bersebelahan kantin), kedai telekomunikasi RedONE, Taman Kelulut dan sebagainya.

Selepas ucapan daripada tuan pengetua cemerlang, ucapan kedua dibacakan oleh Muhammad Zahari Othman selaku Pengarah JPN Kelantan. Koperasi sekolah ini antara menjadi contoh kepada koperasi sekolah-sekolah lain di negeri Kelantan. Koperasi dapat berkembang dengan koperasi dewasa. Semakin maju koperasi, semakin berkembanglah kejayaan.

Selepas ucapan tadi, ucapan perasmian pula disempurnakan oleh Datuk Nordin Salleh selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Beliau merekodkan sebagai tahinah kepada pihak SMK Kota termasuk pengetua sendiri yang terlibat untuk memajukan koperasi sekolah ini. Kejayaan ini dapat dicapai dan tidak pernah disia-siakan. Beliau pernah menjejakkan kaki sebulan lepas, beliau amat membingunkan kerana sekolah ini dianggap sebagai perkampungan sejak ANGKASA ditubuhkan. Koperasi ini telah mendapat satu gambaran amat besar, tetapi rahsia untuk menjayakan koperasi tahap baru dengan suatu efisyen yang luar biasa. Dari segi statistik, agak pula ramai koperasi sekolah mula besar dan juga melihat ahli-ahli koperasi begitu ramai. Sebahagian besar peniaga koperasi adalah orang Melayu yang tinggal di sekitar daerah di negeri Kelantan. Seterusnya beliau merasmikan kompleks KOPTA pada hari ini.

Upacara perasmian telah bermula.



Pelbagai karnival gerai-gerai jualan ketika hari koperasi SMK Kota pada Ahad lepas...

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...