Wednesday, 15 October 2025

Cuti hari keputeraan di Terengganu

Merujuk pada artikel Majlis Maulidur Rasul di dua kawasan dalam mukim Pendek yang dipersembahkan Rabu lalu. Biar kita mulakan cerita tentang perjalanan semasa cuti hari keputeraan baru ini. Walaupun sekarang ini virus sedang menular ketika ini iaitu Influenza, saya hampir dalam keadaan sembuh dari demam dan batuk berterusan. 




Perjalanan bermula pagi Isnin 29 September 2025 untuk meninggalkan rumah bagi meluangkan masa bercuti di Terengganu. Ketika itu semasa hari keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi yang ke-56 untuk tahun ini. 





Asalnya perancangan mahu ke Cameron Highlands, cuma ibu saya berpesan mesti bangun awal sekurang-kurangnya selepas solat Subuh. Namun ketika ini waktu sana sudah sampai pukul 6 petang, waktu ini sudah menghampiri Maghrib dan gelap semakin awal. Walaupun waktu itu sudah sulit, maka bertukar pula perancangan ke Terengganu. 





Sampai di Pantai Penarik lalu terlihat masjid ini. Namun sayangnya masjid ini sudah ditutup disebabkan baik pulih. Melihat pada Google Maps mungkin disebabkan bumbung di beranda sebelah kanan runtuh sebelum ini. 





Kemudian pusing dekat satu pantai berdekatan iaitu Rhu Sepuluh. Teringat lebih 5 tahun lalu pernah berkelah bersama saudara mara di sini. Lihat artikel lama Perjalanan semperna Tahun Baru Cina 2020 - Titi hala Pantai Penarik ke Pasor Payang





Menghampiri persimpangan ke Kuala Terengganu singgah di masjid ini untuk bersolat jamak dan melepaskan kepenatan. Lihat artikel Masjid Merang di blogspot Alam Melayu dan Islam






Jam 4.10 baru sudah melepasi Batu Rakit untuk menyeberangi jambatan angkat. 






Baru tahu sekarang sudah wujud Sembahyang Mall berdekatan jambatan angkat. La. Besornya (besar) masjid ini. Agak-agak jemaah ramai tak di Sembahyang Mall. Eh silap! Ini adalah Mayang Mall. 





Baru tahu tempat ini dinamakan Chinatown yang pernah menjadi perbualan dalam dokumentari Majalah 3 baru ini. Maka saya pun mengambil gambarnya. 





Singgah di Pasar Payang...









Semasa sampai di pasar ini mendapati banyak perubahan rupa di sekitar kawasan ini jika dibandingan dengan artikel sebelum ini. 





Termasuk juga bangunan baru yang menempatkan pelbagai pakaian yang baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu. Sambil itu singgah di beberapa tempat. Lihat artikel berikut : 







Cuma di bahagian hadapan sahaja telah mengalami pengubahsuaian dan naik taraf. Dahulu asalnya tempat menjual buah-buahan dan barangan kering. 





Di seberang pantai terlihat awan yang membentuk hujan lebat. 










Kemudian pusing di sekitar Mayang Mall kebetulan dengan cuaca hujan lebat. 















Dari Kuala Terengganu terus bergerak masuk ke sempadan negeri Kelantan dengan menggunakan laluan Kuala Besut. Malam itu singgah di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid Iqra, Paya Rawa





Apabila sampai ke rumah jam 9.30 malam didapati meter pemanduan jauhnya dengan sejauh 321 km. Baru nak tahu, semoga kami sekeluarga cepat sembuh disebabkan mereka semua demam. Itulah pastikan jaga diri, jaga kesihatan. 



No comments:

Post a Comment

Cuti hari keputeraan di Terengganu

Merujuk pada artikel  Majlis Maulidur Rasul di dua kawasan dalam mukim Pendek  yang dipersembahkan Rabu lalu. Biar kita mulakan cerita tenta...