Salam semua. Sebelum memulakan cerita perjalanan semasa cuti hari keputeraan Sultan Kelantan baru ini, kita kongsikan sedikit cerita tentang majlis yang dibuat dalam mukim kita walaupun sudah 4 hari lalu saya dalam keadaan bergejala seperti demam dan sekarang masih belum mempunyai harapan untuk sembuh.
Petang Sabtu 27 September 2025 diadakan majlis sambutan Maulidur Rasul di masjid mukim Pendek. Yang ini permulaan acara perarakan beramai-ramai bagi melibatkan surau di bawah permukiman masjid sendiri.
Saya mewakili daripada surau Al-Falah pun berarak bersama kemudian berselawat di kawasan pedalaman Pendek Dalam.
Khamis 2 Oktober malam Jumaat diadakan majlis yang hampir sama, cuma tidak disertai dengan majlis perarakan. Ini adalah ceramah Maulidur Rasul di Masjid Hajjah Fatimah.





No comments:
Post a Comment