Adapun kebetulan negeri Kelantan diberikan cuti khas negeri bersemperna dengan hari keputeraan Sultan Kelantan jatuh pada 29 dan 30 September 2024, 2 minggu lalu saya, keluarga dan ibu saudara berkesempatan untuk meluangkan masa berjalan-jalan. Cuma 30 September mula bekerja. Oh! Tahun lepas penetapan hari keputeraan sultan negeri Serambi Mekah ini ditetapkan pada tarikh tersebut setiap tahun. Sebab sebelum ini tarikh ditetapkan pada 11 dan 12 November, masa itu negeri kita ini telah mengalami musim tengkujuh dan tibanya musim hujan yang sangat lebat. Malas nak menaip banyak-banyak jom cerita...
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Tuesday, 8 October 2024
Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Dari kenduri maulud ke pantai-pantai sekitar Bachok
Tengah hari Sabtu 28 September 2024 kami terus keluar ke bandaraya Kota Bharu.
Ini suasana majlis makan di rumah ibu saudara belah ibu di Jalan Bayam setelah diadakan majlis tahlil dan selawat ke atas nabi (maulud Nabi). Selepas solat Zohor di masjid berdekatan (lihat artikel Masjid Al-Hidayah, Paya Rambai, Jalan Bayam di blogspot Jom ke Masjid) terus singgah ke rumah berkenaan.
Rasanya kali terakhir berjalan-jalan di pantai ini pun lebih kurang 3 tahun lalu. Cuma ketika itu hujung bulan Oktober kerajaan memutuskan untuk merentas kesemua negeri dengan hampir secara bebas.
Seingat saya pada tahun lebih kurang 2010/2011 saya dan keluarga singgah mandi di pantai ini. Siap kutip 'starfish' lagi. Kata ayah, tak gatal ke kutip 'starfish' tu. Saya pun kata lagi, tak pun. Ada beberapa tempat yang saya singgahi sebelum ke Pantai Irama ini. Lihat artikel berikut :
Ini permintaan ibu saudara singgah merakam gambar balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok sebagai kenang-kenangan daripada ibu saudara yang mana saudaranya bekerja di situ dalam sekitar tahun 1998 kalau tak silap.
Hampir sahaja dengan waktu maghrib bersantai dahulu di Pantai Melawi. Orang dianggap bergelar sebagai 'Melawifornia'. Kata Instagram sepupu saya.
Ketika sampai di pantai Melawi singgah di surau kecil ini. Gambar ini diambil ketika jam 6.40 petang dan memasuki waktu senja.
Dari atas menara kayu ini dapat melihat suasana sekitar. Alhamdulillah dapat berani naik menara kayu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Raya Aidilfitri 2025 antara Kadok dan Bachok
Salam 10 Syawal. Menyambung penceritaan daripada Raya Aidil Fitri 2025 di sekitar Pendek . Pagi Rabu 2 April 2025 bersamaan 3 Syawal 1446 ...

-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 29 Ramadan 1446 Hijriah dan hari terakhir Ramadan. Sedikit perkongsian tentang aktiviti bulan Ramadan. Sabtu 22 Mac 2025 malam bersam...
-
Sedikit daripada 2 minggu lalu. Petang Rabu 29 Januari 2025 bertepatan dengan hari tahun baru Cina diadakan dengan satu festival patuh sya...
No comments:
Post a Comment