Biar kita kongsikan beberapa artikel yang pernah dilakukan pada pertengahan September. Dan ketika itu bermula cuti persekolahan dan hari Malaysia yang mana kebelakangan ini banyak aktiviti dijalankan sepanjang itu seperti majlis kenduri atau 'make gulai'. Jom kita kongsikan cerita ini...
Dimulakan dengan petang Sabtu 13 September 2025 diadakan majlis kenduri kahwin waris kampung saya di Taman Buaya, Badang.
Petang Selasa 16 September bertepatan dengan hari Malaysia diadakan pula majlis selawat di rumah waris bapa di Lorong Purnama, Kampung Gaung.
Pagi Khamis 18 September menunggu rombongan daripada waris kampung saya untuk ke majlis kenduri kahwin di Cherang Ruku. Sementara itu pula singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid Kampung Lembah, Semerak di blogspot Alam Melayu dan Islam.
Kebetulan itu bergambar dengan YB Ahli Parlimen Pasir Puteh iaitu Datuk Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh. Beliau masih menyandang sebagai ahli Parlimen daripada wakil Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sehingga ke PRU Ke-16.
Sebelah malam pula sejurus meninggalkan ibu (mungkin disebabkan atas pihak tertentu) di kampung, singgah di masjid ini. Lihat Masjid Al-Ihsan, Mukim Mentuan.
No comments:
Post a Comment