Friday, 5 December 2025

Ringkasan sepanjang pertengahan Oktober 2025 setelah hampir 2 bulan menyepi atas faktor komputer riba

Salam. Merujuk pada artikel Cuti hari keputeraan di Terengganu yang dipersembahkan pada 15 Oktober lalu. Hampir 2 bulan kebelakangan ini komputer riba saya rosak disebabkan masalah perkakasan. Maka tidak dapat berbuat apa-apa di blogspot ini. Itulah antara faktor yang menyebabkan lebih sebulan tidak dapat mengemaskinikan di blogspot ini. Begitulah catatan semua hanya di blogspot ini. Walaupun sudah berlalu, kali ini baru memulakan sedikit artikel. 




Petang Jumaat 17 Oktober 2025 saya dan keluarga menghadiri majlis kenduri waris di Kampung Sireh Bawah Lembah, iaitu lebih kurang 500 meter dari Bandar Baru Lembah Sireh. Di sini sudah 2 kali singgah di rumah ini dan ketika itu majlis sama seperti sebelum ini lebih kurang 5/6 tahun lalu. 





Sebelum berangkat ke kampung ibu saya, sempat singgah di masjid berdekatan dengan rumah yang diadakan majlis tadi. Lihat artikel Masjid Maulana Al-Khurasani, Kampung Sireh Bawah Lembah di blogspot Alam Melayu dan Islam. Kemudian terus singgah lagi di masjid Telipot untuk satu urusan. 





Pagi Sabtu 18 Oktober singgah ke KB Mall. Kebelakangan hari itu semakin ramai perantauan untuk menghabiskan masa untuk bercuti semperna hari perayaan Deepavali yang akan menjelang 20 Oktober itu. 





Pagi Rabu 22 Oktober singgahlah di pantai Melawi di Bachok. 









Seterusnya singgah di pantai Irama. Kawasan ini banyak kenangan yang saya lupakan semasa zaman kanak-kanak iaitu mengutip tapak sulaiman dan menjumpai obor-obor namun tidak boleh disentuh kerana ia boleh membawa penyakit seperti gatal. 





Kemudian singgah lagi di pantai Senok. Cuma laluan ke pantai itu tidak boleh dilalui kerana pembaikan jalan. Terpaksa berpatah balik lalu singgah di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid Al-Munir, Pantai Senok dari sisi hadapan





Pagi Khamis 23 Oktober singgah ke perkarangan masjid mukim Pendek untuk mengadakan jualan Rahmah yang diperkenalkan kerajaan sekarang. 





Jualan melibatkan barangan asas yang melibatkan Sumbangan Asas Rahmah. 




No comments:

Post a Comment