Merujuk kepada artikel Our Demonstration English language 2018 Di Dewan Besar KTD yang diceritakan mengenai permarkahan bagi presentation yang dibuat empat hari lepas. Maka ini adalah aktiviti semasa cuti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Saya ada satu cerita untuk korang...
Pagi Sabtu 10 November 2018 semperna cuti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong saya bersama keluarga mengambil masa untuk berjalan-jalan ke Bukit Keluang. Ini kerana kedudukannya dari Pasir Puteh terletak dalam 30 km sahaja.
Sebelum perjalanan kami singgah singgah solat Zohor di masjid ini. Letaknya berdekatan dengan Tok Bali. Ketika zaman kanak-kanak dahulu saya pernah singgah masjid ini kalau tak silap dalam 6 kali beberapa tahun lalu ketika itu. Setelah sekian lama tak singgah, ini baru saya nak singgah. Lihat artikel Masjid Mukim Kuala Semerak, Tok Bali, Pasir Puteh di blogspot Jom ke Masjid.
Perjalanan diteruskan kami pergi ke Bukit Keluang, Besut untuk menggerakkan usaha.
Masih teringat zaman kanak-kanak dalam beberapa tahun yang lalu saya pergi ke Pantai Bukit Keluang, Besut ketika musim cuti kalau tak silap. Tapi ini adalah kali pertama saya pergi mendaki bukit di Bukit Keluang. Jam 2 petang baru kami sampai di situ.
Saya selfie sikit untuk melepaskan kepenatan.
Selepas itu saya masuk gua sat. Tapi air hujan mengerumuni bukit ini tidak menghalang saya masuk.
Nasib baik basah sedikit baju dan seluar saya sebab terkena air hujan bukit itu. Kalau tidak tertukar baju pula.
Saya terlihat batu bersurat ini. Ini apa nama batu bersurat kat Bukit Keluang. Saya tak faham pun.
Dari pantai itu kami pun pergi satu lagi tempat. Letaknya dalam 500 m dari yang pergi tadi.
Setelah beberapa jam kami memanjat di Bukit Keluang, Besut, Terengganu itu kami singgah satu lagi tempat iaitu Pantai Tok Bali, Pasir Puteh. Singgah sat untuk makan, minum dan rehat.
Sebelum pulang ke rumah kami singgah di Pantai Melawi, Bachok untuk melepaskan kepenatan. Berdekatan dengan pantai itu singgah solat Asar di masjid ini. Lihat artikel Masjid Mukim Kuala Melawi, Bachok. Alhamdulillah berasa sudah puas perjalanan kita di Bukit Keluang. :-)
No comments:
Post a Comment