Wednesday 26 December 2018

Selamat tinggal Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

Salam semua. Baru-baru ini saya pergi ke KTD untuk pendaftaran Semester 2, tetapi masalah pointer saya semakin rendah ketika ujian akhir Semester 1 bulan lepas. Jadi tidak boleh berbuat apa-apa sepanjang berada di KTD termasuk Semester 2 telah dihalang. Selepas itu PA menanyakan kepada saya jadi saya tidak dapat meneruskan lagi menyambung pengajian Semester 2 disebabkan pointer ujian semester itu semakin rendah. Dialah terpaksa saya memberhentikan pengajian dari KTD. Tapi saya terpaksa mencari kemahiran seperti ayah saya di sebuah institusi kemahiran. Yang paling minat saya ialah mahir membuat kayu perabot, pintu, jendela dan sebagainya.

Jadikan satu kenangan ketika saya meninggalkan KTD. Walaupun saya belajar tidak tinggi, saya terus menyambung pengajian. Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar dan pelajar yang disayangi kerana membantu saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Walaupun gagal, saya tetap berjaya. Saya memohon maaf kepada semua jika terkasar bahasa dan ada kesilapan sepanjang ketika berada di KTD.

SEMOGA BERJAYA!!!

No comments:

Post a Comment