Salam. Masih meneruskan lagi hari-4 lagi berada dalam perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019 4 - 9 Februari. Walaupun artikel yang saya buat adalah bersamaan dengan hari ini di mana genap sudah sebulan baru sampai ke rumah lalu rujuknya artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Akan datang telah dibuat pada Sabtu 9 Februari lepas. Bersambung daripada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Ziarah ke Seksyen 3 dan bermalam di Taman Langat Jaya.
Pagi Khamis 7 Februari 2019 saya meluangkan masa beriadah di taman riadah berdekatan dengan rumah saudara mara saya.
Tengok lah juga keindahan taman riadah itu sambil kita bersenam dan berselfie. Selepas itu saya meronda-ronda di sekitar taman perumahan dengan memandu kereta. Lalu di kawasan itu singgah di sebuah surau. Lihat artikel Surau Al-Ikhwan, Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi di blogspot Jom ke Masjid.
Malam itu juga kami sekeluarga bersama saudara mara saya terus ke Taman Impian Putra, berdekatan dengan Bandar Seri Putra.
Tapi agak ramainya orang di pasar malam di pekan Bangi.
Jam 8.30 malam barulah kami sampai di Taman Impian Putra. Saya ada jumpa seorang sepupu sama usia saya, tapi tiada di dalam rumah kerana dia menyambung pengajian di UniKL.
Azan isyak pun berkumandang lalu saya pun mengambil lampu suluh walaupun jalan ke surau agak gelap. Letaknya berdekatan dengan rumah yang saya ziarah itu.
Seterusnya kami pun solat Isyak berjemaah di surau Taman Impian Putra. Kebetulan ramai pula orang pergi bersolat di surau ini. Kelihatan sebelah surau masih dalam pembinaan dan sumbangan derma masih diperlukan. Takpalah saya pun ambil RM10 masuk ke dalam tabung itu.
Selepas solat Isyak pula kami pun menghidang makan-makanan seperti sate dan bihun. Sebelum pulang ke rumah itu semula saya pun terhidang...
No comments:
Post a Comment