Perkongsian daripada minggu lepas...
Petang Jumaat 1 Mac 2019 saya bergegas ke Dewan Jubli Perak MPKB di belakang Bazar Tok Guru, bersebelahan dengan Padang Perdana, bandar Kota Bharu ada pesta buku terbesar di negeri ini.
Pesta buku negeri Kelantan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dan Persatuan Perpustakaan Sekolah negeri atau PUSTAKA. Bertemakan 'Membaca Membangun Peradaban'. Tema ini memudahkan berilmu tinggi sehingga melanjutkan pengajian di mana-mana pusat pengajian. Pemborongan pelbagai buku-buku adalah dari Syarikat Muda Osman (SMO) Book Stores yang selama ini telah berpusat di negeri Kelantan.
Pesta buku ini bermula 25 Februari hingga 4 Mac 2019, iaitu dalam tujuh hari. Ribuan buku-buku telah dijual dengan harga yang berpatutan dan murah.
Pelbagai buku-buku berunsur keilmuan telah dijual dengan harga memang murah. Tidak la kurang daripada RM 1 ke atas.
Saya telah memilih buku untuk adik saya yang masih bersekolah iaitu darjah 4.
Ada salah seorang yang juga murid daripada sekolah rendah yang masih belum dikenal pasti di negeri Kelantan telah menjawab dan membalas pantun untuk memenangi macam-macam hadiah disediakan.
Alangkah begitu ramai pun pengunjung yang datang ke pesta buku.
Semoga pesta buku pada masa akan datang lebih meriah. Dengan adanya pesta buku ini dapat memberi manfaat dan memberi contoh teladan kepada semua sehingga berjaya
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sekitar cerita awal dan akhir Ogos 2025
Salam. Hampir sebulan tidak berbuat artikel di blogspot yang mana kali terakhir menulis artikel menerusi Sedikit ke Jeli dan Tumpat awal O...

-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 26 Zulkaedah 1446 Hijriah. Ini perkongsian perjalanan kecil daripada dua minggu lalu. Perjalanan bermula pagi Khamis 8 Mei 2025 menai...
-
Salam 29 Ramadan 1446 Hijriah dan hari terakhir Ramadan. Sedikit perkongsian tentang aktiviti bulan Ramadan. Sabtu 22 Mac 2025 malam bersam...
No comments:
Post a Comment