Lokasi ini berada di tepi lebuhraya Pasir Mas - Salor, berhampiran dengan Honda Ban Chu Bee, berdekatan Pendek. Menurut penduduk kampung, sebelum lebuhraya ini dibina tapak kubur lama terbiar ini berada di hujung kampung Pendek yang dikenali sebagai hutan Pahang. Kini disekeliling kawasan kubur ini sudah ditambun untuk tujuan pembangunan.
Hasil tinjauan mendapati ada beberapa kubur adalah milik zaman pedagang-pedagang Islam pada abad ke-13 masa itu. Ada juga mendakwa ada salah satu kubur di situ milik seorang ulamak yang bertugas di istana pada zaman silam sebagai penasihat agama Islam.
Selepas itu saya akan kongsikan tentang sejarah kubur lama ini :
Sebelum ini kami ada menulis tentang kubur ini yg
dianggarkan wujud sekitar abad ke 19. Tetapi info yg terkini yg kami terima
dari seorang pengkaji sejarah, kubur ini sebenarnya wujud dizaman ibnu batutah
seorang pengembara islam terkenal yg pernah hidup antara tahun 1304 hingga 1368
lagi.
Dikatakan kubur2 ini adalah milik pedagang2 dan pendakwah
islam dari jawa yg belayar melalui sungai kelantan dan seterusnya ke sungai
pendek dan sungai mulong.
Ketika itu sungai pendek menghala ke mulong masih lg wujud.
Melalui sungai inilah mrk berdagang dan menyebarkan dakwah. Kini akibat faktor
alam, kubur yg asalnya berada di tebing sungai kini berada jauh didaratan
akibat sungai pendek ke mulong tertimbus dan akhirnya lenyap.
Kawasan ini juga pernah menjadi lautan ketika dizaman
neolitik kira kira 7000 tahun dahulu yg mana buktinya telah di jumpai pada
tahun 1974 oleh pengkaji sejarah ukm. Byk fosil2 cengkerang hidupan laut telah
ditemui dikawasan ini.
Kubur ini juga dikatakan sezaman dgn zaman kerajaan kelantan
yg berpusat di ulu kelantan tenggara kenyir yg bermula pada tahun 1308.
Apa2pun dakwaan, yg penting pihak2 berwajib seperti MAIK perlu mengambil inisiatif samaada mengekalkan atau menindahkan kubur2 ini kerana jika dibiarkan terbiar tanpa pembelaan dan pemantauan, dikhuatiri aktiviti2 syirik spt meminta nombor ekor oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab akan berlaku. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment