Sunday, 7 April 2019

Kunjungan ke Kopitiam Kota milik Koperasi SMK Kota Berhad dan menikmati nasi ayam special

Salam 1 Sya'aban. Sukacita dimaklumkan dengan masuknya bulan Islam yang disebut sebagai bulan Rasulullah SAW sampailah saya kepada fasa kedua usaha untuk melakukan puasa 3 bulan berturut-turut Rejab, Sya'aban dan Ramadhan. Bermakna lebih kurang sebulan lagi akan tibanya bulan Ramadhan. Adanya Khamis lepas saya ada kerja di Pejabat PMBK di Kota Darulnaim. Selepas solat Zohor di Masjid Telipot itu saya ada kunjungan ke kiosk Kopitiam Koperasi SMK Kota. Inilah ceritanya...

Kopitiam Kota dimiliki oleh koperasi SMK Kota Berhad. Ia merupakan restoran koperasi yang pertama beroperasi di Malaysia. Lebih tiga bulan lepas saya berkesempatan pergi ke Hari Koperasi SMK Kota 2019 dan Majlis Perasmian Kopta lalu melihat artikel berikut...

Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Ucapan perasmian dan melawat gerai-gerai jualan

Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Penyerahan mock cheque berupa bantuan SKM kepada koperasi dan lawatan ke karnival

Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Meninjau seketika kompleks KOPTA dan video mengenai Kompleks KOPTA

Selain daripada Kopitiam Kota, ada banyak lagi lot-lot kedai yang dimiliki oleh pihak koperasi SMK Kota Berhad seperti kedai TopUp RedONE, kedai fotostat Factory Outlet, kiosk makanan segera, pasar mini, Pasaraya dan Taman Kelulut.

Ada macam-macam ya menu masakan panas di dalam restoran ini. Semuanya dijual dengan harga yang memangnya murah.

Menu yang saya pilih ini ialah Nasi Ayam Special. Dijual dengan harga RM3 sahaja. Inilah makanan kegemaran saya selain daripada Mee Celup, Kerabu Maggi, Roti Titab dan apa-apa jenis makanan yang saya gemar.

Selepas itu berkesempatan berselfie bersama-sama dengan kawan lama bersama Muzhaffar, Adam Rayyan, Syahir dan Hafiz Haikal. Mereka semuanya belajar di Tingkatan 4.

Selain daripada menu nasi ayam special, makanan korea seperti Ayam Korea dan Takoyaki juga turut menjadi menu. Bukan sahaja pelajar SMK Kota datang menghidang di restoran ini, malah menjadi tumpuan pengunjung yang datang singgah untuk menikmati makanan yang ada di restoran tersebut.

No comments:

Post a Comment