Salam Jumaat. Mengimbas kembali kepada artikel Sekitar Majlis Penganugerahan Pengiktirafan Perolehan RM 1 juta kepada Koperasi SMK Kota (KOPTA) dan Pelancaran Produk Budu Keluaran KOPTA yang dikirim Khamis minggu lepas. Artikel tersebut mengenai betapa besarnya kejayaan buat SMK Kota atas memajukan koperasi sekolah tersebut dan meraih perolehan RM1 juta buat koperasi sekolah tersebut. Seterusnya pihak KOPTA melancarkan produk terbaharunya ialah 'budu'. 'Budu' keluaran KOPTA telah dipasarkan di koperasi sekolah itu. Misalnya 'budu' adalah penggemar kepada masyarakat Kelantan dan biasanya dimakan dengan ulam-ulaman ketika zaman dahulu. Adanya pada Jumaat lepas 27 September saya pergi berjalan-jalan ke Bukit Keluang, Besut. Apa lagi jom kita cerita...
Perjalanan ini bermula pada jam 12.45 tengah hari dan terus singgah ke rumah ibu saudara saya di Kampung Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh.
Kebetulan sudah jam 1.05 tengahari sudah masuknya waktu solat fardu Zohor atau waktu solat Jumaat baru sudah sampai. Lalu terus singgah solat Jumaat di masjid berdekatan. Lihat Masjid Mukim Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh di blogspot Jom ke Masjid.
Apa kata selepas solat Jumaat, saya terus membawa berjalan-jalan ke Bukit Keluang. Lalu mengesetkan GPS dalam radio kereta.
Dari Pasir Tumboh saya terus melalui jalan Pasir Puteh. Jarak tersebut memang dalam 59 km. Pergerakan dalam kelajuan kereta saya telah melebihi 70 km/j.
Sampai di Pasir Puteh Central lalu singgah di stesen minyak Shell untuk mengisi minyak dan mengepam angin. Lalu terus mengambil gambar masjid berdekatan stesen minyak itu. Lihat Masjid Tok Guru, Pasir Puteh Central.
Tadi sudah berkumandangnya waktu Asar di radio jam 4.16 petang, tetapi masih meneruskan perjalanan lagi. Ternampak pintu gerbang dengan di atasnya terendak yang di tengah-tengahnya seperti jata negeri Terengganu. Maknanya menandakan masuknya sempadan ke negeri Terengganu. Setahu saya bahawa saya mahu hendak pergi ke Terengganu.
Jam 5 petang sampai dekat bandar Jerteh lalu singgahlah di masjid ini. Lihat Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh.
Seterusnya saya mengambil jalan Kuala Besut dan Tok Bali.
Akhirnya sudah sampai ke Bukit Keluang. Kedudukannya berdekatan dengan tempat pengajian anak jiran saya di Institut Latihan Islam Malaysia.
Hampir setahun lepas saya pernah pergi ke Bukit Keluang ketika itu. Masa itu saya masih berada di tempat pengajian iaitu KTD. Lihat artikel lama Memanjat di Bukit Keluang setelah sekian lama tak singgah di tempat ini.
Saya rasanya ada benda di atas puncak tersebut. Yang menariknya zoom di atas apa benda.
Rupa-rupanya ia adalah sarang tebuan. Patutpun sekumpulan tebuan buat 'rumah' di atas puncak. Kalau risiko jatuh, ramai pula sekumpulan tebuan datang menyengat pengunjung. Mesti sakit tau. Memang bahaya tau. Kalau boleh membawa maut.
Rasanya dalam artikel yang dibuat itu ketika dalam musim ombak besar berbahaya. Sememangnya bulan November hingga Januari musim itulah tak boleh mandi di pantai sebabnya musim ombak bergelora.
No comments:
Post a Comment