Thursday, 26 December 2019

Perjalanan akhir tahun 2019 - Cerita akan datang ke tahun baru 2020

Salam malam Jumaat. Dalam masa 5 hari lagi tahun 2019 akan sampai ke penghujungnya dan masuk ke tahun baru 2020. Sukacita dimaklumkan malam tadi Khamis 26 Disember 2019 saya dan keluarga selamat sampai kembali ke rumah. Perjalanan ini telah bermula pada pagi Rabu 18 Disember dan berada berada di sana selama 9 hari 8 malam. 

Antara berlaku perubahan atas perjalanan tersebut seperti tersilap jalan dan sesat tidak tahu mencari jalan. Apabila kembali ke rumah meter menunjukkan kami sudah memandu sejauh 563 km. Termasuk juga saya telah memandu dalam sekitar 100 km. Walaupun dalam kepenatan selepas kembali ke rumah setelah bapa saya memandu jauh, tetapi saya harus memandu sendiri di sekitar kawasan walaupun saya masih di bawah golongan belia muda lagi. Kereta dibeli second hand oleh bapa saya iaitu Perodua Myvi Lagi Best versi tahun 2011 masih elok lagi walaupun dahulunya pernah mengalami kemalangan kecil menyebabkan kerosakan kecil di bahagian sisi belakang. Kalau rasanya melalui lebuhraya pergerakan kelajuan dalam melebihi lebih kurang 110 km/j. 

Inilah peta yang saya jejaki semasa perjalanan dalam peta Google Maps. Antara perjalanan yang dilakukan sepanjang hari berkenaan seperti berada di Shah Alam selama 4 hari 3 malam. Termasuk juga hari pertama perjalanan (Rabu 18 Disember). Selepas itu kami berada di Bangi selama 5 hari 4 malam lalu menginap dua tempat. Pada hari Ahad 22 Disember kami membawa sepupu saya ke majlis kenduri di Meru, Klang. Manakala Selasa 24 Disember juga kami bersama saudara saya terus ke Nilai, Negeri Sembilan untuk membeli barang dan keperluan persekolahan adik saya. Seterusnya kami pun terus melakukan aktiviti kutip durian di dusun di belakang surau di Bangi. 

Itulah antara cerita yang saya lakukan semasa perjalanan di sekitar kawasan seperti Shah Alam, Bangi, Klang dan Nilai. InsyaAllah cerita perjalanan tersebut untuk korang akan dimulakan selepas masuk ke tahun baru 2020 iaitu dalam masa beberapa hari yang akan datang. Korang tak perlu risau lagi ya! 

Tuesday, 17 December 2019

Dari Panji ke Pantai Sabak - Persinggahan dua tempat di Pantai Sabak

Merujuk kepada artikel Melawat ke kediaman Tok Guru yang dipersembahkan Sabtu lepas. Adapun bermulanya saya pergi ke rumah saudara saya di Panji lalu berhajat untuk menunaikan solat Jumaat di masjid kayu di Pulau Gajah, tetapi sudah 12.00 tengahari kita dah tak sempat lalu menunaikan solat Jumaat di masjid yang terletak berdekatan rumah saudara saya di belakang JPJ Panji. Kemudian terus pergi ke Pantai Sabak dan singgah di masjid kayu di Pulau Gajah. Rasanya dalam minggu ini saya bersama keluarga pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bersama bapa saudara saya. Tetapi biarpun ada perkongsian cerita daripada Jumaat lepas...

Pagi Jumaat 13 Disember 2019 saya terus meninggalkan rumah untuk pergi ke Panji.


Tetapi selepas solat Jumaat di masjid tadi saya terus keluar dari rumah saudara saya di Panji untuk pergi ke Pantai Sabak. Ketika keluar dari masjid selepas solat Jumaat tiba-tiba hujan lebat. 2.30 hujan sudah berhenti.


Singgoh dulu deh di kedai keropok tepi Pantai Sabak. Keropok biasanya kebanyakan dijual harga murah. Sekarang ini adalah musim ombak besar mendatang. Bersebelahan dengan kedai keropok juga ada sebuah masjid. Lihat artikel Masjid tepi pantai Sabak, Pengkalan Chepa di blogspot Jom ke Masjid.


Ombak besar masih melanda di pesisir negeri Kelantan. Kebiasaannya bulan November - Januari ombak besar berlaku di pesisir pantai di negeri-negeri di Pantai Timur. Ini amat berbahaya kepada semua aktiviti-aktiviti di pantai dan menangkap ikan. Di Pantai Sabak inilah antara paling teruk terjejas akibat dihentam ombak besar dalam beberapa tahun lalu telah menyebabkan beberapa buah rumah hampir rosak teruk.

Seterusnya perjalanan diteruskan lagi dengan 'mengambil angin' ke Pulau Gajah untuk singgah di beberapa tempat.

Cuma baru sampai di pasar nelayan Pulau Gajah sudah ditutup. Mungkin kerana masa itu hari Jumaat hari cuti bekerja ataupun nelayan ada juga yang tidak berani turun ke laut kerana ombak besar sedang melanda ketika ini. Diceritakan 7 bulan yang lepas ketika itu 1 Mei adalah hari pekerja adalah cerita masih lagi benda yang sama. Dicampur juga dengan perjalanan diteruskan ke Pantai Sabak ataupun Pantai Nami. Lihat Perjalanan semperna Hari Pekerja - Dari Elephant Island ke Pantai Nami.

Seterusnya saya terus singgah di Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah.

Ketika baru sampai di masjid ini waktu Asar belum lagi berkumandang. Ini baru pukul 4 petang. Kelihatan masjid ini begitu indah bagaikan kita berada di Jawa, Indonesia ataupun di muzium walaupun masjid ini berada jauh dari jalan besar. Cuma jalan yang dilalui perlu diselisih antara sama satu lain. Binaan masjid ini semua diperbuat daripada kayu secara keseluruhannya.

Alhamdulillah saya sudah melaksanakan solat Asar berjemaah. Jemaah kebiasaannya ramai juga. Bila kita berada di dalam masjid ini memang terasa sejuk dingin apabila angin laut bertiup kencang walaupun ia tiada penghawa dingin. Berkonsepkan ala-ala Masjid Besi di Putrajaya menggunakan konsep tersebut. Cukuplah cerita.

Saturday, 14 December 2019

Melawat ke kediaman Tok Guru

Ada sedikit artikel mengenai persinggahan ke Kediaman Tok Guru, yang juga Menteri Besar ketika itu pada hujung minggu lepas.

Tengah hari Sabtu 7 Disember 2019 saya bersama keluarga dan saudara saya yang pulang dari Bangi terus pergi ke Kediaman Tok Guru, Pulau Melaka. Arwah Tuan Guru Nik Aziz (Tok Guru) yang juga Menteri Besar Kelantan pada ketika itu berasal di sini. Tahun beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan dalam tahun 1990 hingga 2013. Masa itulah negeri kita ini diperintah oleh kerajaan PAS. Tetapi sekarang masih diperintah lagi oleh kerajaan tersebut di bawah naungan Menteri Besar sekarang, Datuk Ahmad Yakob. Semasa PRU14 tahun lepas negeri kita masih lagi mengekalkan kemenangan iaitu milik PAS. Walaupun Tok Guru ini masih disanjungi oleh ramai orang dan paling disayangi ketika majlis ilmu sedang berlangsung pada masa itu di Medan Ilmu Kota Bharu. Kelihatan kawasan ini dikelilingi oleh bangunan tahfiz dan juga masjid.

Saya di sini mengambil keputusan untuk singgah solat Zohor di masjid ini. Saya ingat Pulau Melaka ini berada di negeri Melaka, tetapi berada di Kelantan. Walaupun saya berasal dari negeri Kelantan ini juga. Lihat artikel Masjid Tok Guru, Pulau Melaka di blogspot Jom ke Masjid. Tanggal 12 Februari 2015 Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia akibat kanser dan beliau dikebumikan di Kubur Pulau Melaka. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



Antara kuliah-kuliah mingguan yang diadakan di masjid ini. Termasuk juga tiga orang anak kepada Tuan Guru Nik Aziz. Antaranya Nik Abduh, Nik Razi Dan Nik Ajun.


Baru saya perasan di belakang masjid terdapat juga kediaman Tok Guru. 


Thursday, 12 December 2019

Sekitar kemenangan ke atas koperasi SMK Kota semperna Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 di Hotel Holiday Villa Subang

Salam malam Jumaat 15 Rabiulakhir. Sempurnakan tiap-tiap malam Jumaat dengan bacaan surah Yasin. Rasanya saya sudah sedar bahawa kemenangan telah diperoleh kepada koperasi SMK Kota semasa majlis anugerah kecemerlangan koperasi sekolah peringkat kebangsaan yang dibuat di salah sebuah hotel di Subang, Selangor. Majlis tersebut disambut dalam tiga hari sahaja pada minggu lepas. Hari inilah dikongsikan dengan sedikit cerita. Ini adalah sekadar perkongsian gambar daripada laman rasmi SMK Kota...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Peringkat Kebangsaan 2019 diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang, Selangor. Berlangsung selama tiga hari iaitu 3 hingga 5 Disember 2019 yang dirasmikan oleh Dato Nordin Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Turut dianjurkan ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa). Koperasi sekolah-sekolah lain yang paling terbaik juga turut menerima anugerah kecemerlangan koperasi sekolah mereka.

Diceritakan 3 bulan yang lepas mengenai penyerahan pengiktirafan perolehan RM 1 juta kepada koperasi sekolah kita di dewan besar SMK Kota.  Diteruskan lagi dengan pelancaran keluaran produk terbaharu KOPTA ialah sos bilis atau dikenali sebagai 'budu' kalau masyarakat di Kelantan. Lihat artikel Sekitar Majlis Penganugerahan Pengiktirafan Perolehan RM 1 juta kepada Koperasi SMK Kota (KOPTA) dan Pelancaran Produk Budu Keluaran KOPTA.

Selepas ucapan perasmian daripada Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, majlis masih diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan koperasi sekolah-sekolah lain yang paling terbaik.

Bagi Koperasi SMK Kota juga turut memenangi Johan Peringkat Negeri Kelantan, Anugerah Pembangunan Perniagaan Kiosk Koperasi Sekolah Terbaik, Anugerah Perolehan RM 1 juta Koperasi Sekolah 2018 dan Saguhati Peringkat Akhir (Top 16-28) Peringkat Kebangsaan. Penyampaian anugerah tersebut disampaikan kepada Tuan Pengetua SMK Kota yang merangkap Pengerusi Koperasi SMK Kota Berhad, Cikgu Shamsul Bahari Jaafar. Diiringi guru pengiring sekolah tersebut iaitu Cikgu Rosli Salleh, guru MPV, Cikgu Faridul Hafiz, guru Pendidikan Khas yang juga jurugambar sekolah dan Cikgu Madihah, Penyelaras Koperasi SMK Kota Berhad.



Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada koperasi sekolah-sekolah lain atas penerima anugerah kepada koperasi sekolah termasuk juga Koperasi SMK Kota Berhad yang menerima. Dan menjadikan koperasi contoh kepada sekolah-sekolah lain di Malaysia terutamanya di negeri Kelantan khususnya.

Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan pertandingan puisi daripada sekolah-sekolah lain. Manakala sekolah kita juga dibahaskan oleh dua pelajar yang bakal menerima keputusan SPM 2019 iaitu Zairi Fitri dan Sarah.



Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Koperasi SMK Kota Berhad yang telah menjayakan koperasi sekolah kita dengan jayanya. Kejayaan ini amat membanggakan kepada tuan pengetua sekolah, Cikgu Shamsul Bahari dan penyelaras koperasi, Cikgu Madihah, tak lupa juga kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Antara barangan-barangan yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh pihak KOPTA. Termasuk juga dikeluarkan oleh pelajar-pelajar PPKI SMK Kota. Tiga bulan yang lepas juga telah melancarkan keluaran produk terbaharu iaitu sos bilis (budu). Kejayaan koperasi SMK Kota bukannya mudah, malah amat membanggakan pihak sekolah apabila memajukan lagi koperasi sekolah tersebut. Dicampur lagi dengan penambahbaikan dan pembangunan kiosk yang telah dilaksanakan oleh koperasi sekolah tersebut. Antaranya restoran kopitiam, kedai prepaid/top-up, pasaraya koperasi, kedai pakaian, kedai fotostat dan kedai makanan segera. Cukuplah perkongsian setakat ini, bukannya banyak lagi gambar sebabnya saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut.


Monday, 9 December 2019

Perkembangan terkini keadaan air di Kota Bharu, Ketereh dan Kadok pada 1 Disember 2019 - Bahagian 2

Bersambung daripada artikel Perkembangan terkini keadaan air di Kota Bharu, Ketereh dan Kadok pada 1 Disember 2019 - Bahagian 1...

Seterusnya terus memandang dari atas Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai untuk sampai ke Ketereh (Buloh Poh).


Kawasan luar sekolah Tiong.

Berdekatan persimpangan keluar ke Kadok.






Di Sungai Ketereh.


Seterusnya saya terus susur keluar ke Ketereh.



Di jalan Ketereh berhampiran Shell.




Berhampiran Kadok.

Di jalan Mulong 100 meter untuk sampai ke PKT Tunjong.


Di jalan Mulong ke Wakaf Che Yeh 50 meter untuk sampai ke Petronas Tunjung.


Di jalan Wakaf Che Yeh ke Ketereh berdekatan dengan Pejabat JPN, masih dilalui kenderaan.

Di jalan Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu di Persimpangan Batu 4.



Sunday, 8 December 2019

Perkembangan terkini keadaan air di Kota Bharu, Ketereh dan Kadok pada 1 Disember 2019 - Bahagian 1

Salam hari Ahad 11 Rabiulakhir 1441 Hijrah. Merujuk kepada artikel Ucapan hari lahir kepada saya yang ke-19 yang dipersembahkan Isnin lepas. Sekarang kita sudah terkial-kial dengan musim sekarang ini ialah musim hujan lebat, kalau orang Kelate biasanya disebut musim 'boh'. Musim inilah musim yang kita hadapi ialah banjir. Saya dan keluarga inilah antara menjadi mangsa banjir besar pada hujung Disember 2014 yang disebut sebagai 'Bah Kuning' dan berpindah di rumah ibu saudara saya di Limbat, Pasir Tumboh. Rumah saya kalau di luar sampai ke paras leher manakala bahagian dalam sampai ke paras pusat. Tetapi sebagai peringatan banjir hanya ujian, bukannya pesta. Apa kata kita melihat perkembangan keadaan air dan banjir di sekitar kawasan Kota Bharu termasuk Ketereh dan Kadok akibat hujan lebat berterusan. Ini adalah gambar pada hari Ahad baru ini 1 Disember 2019.



Di Sungai Kelantan berdekatan Dewan Grandara, Pendek masih lagi paras yang sama seperti tahun sebelumnya.



Persekitaran kawasan masjid Mukim Pendek ketika waktu subuh. Jemaah hanya 2 saf sahaja ketika solat Subuh.


Kawasan luar pagar sekolah Pendek ketika waktu subuh, tetapi kita masih berada di musim cuti persekolahan.


Kawasan luar rumah saya.



Kawasan jalan raya di Wakaf Che Yeh berdekatan dengan Masjid Tarbiyah Islamiah dan Kedai Kashmir Karpet, masih dilalui kenderaan.

Dari atas jambatan Pasir Hor.