Tuesday, 17 December 2019

Dari Panji ke Pantai Sabak - Persinggahan dua tempat di Pantai Sabak

Merujuk kepada artikel Melawat ke kediaman Tok Guru yang dipersembahkan Sabtu lepas. Adapun bermulanya saya pergi ke rumah saudara saya di Panji lalu berhajat untuk menunaikan solat Jumaat di masjid kayu di Pulau Gajah, tetapi sudah 12.00 tengahari kita dah tak sempat lalu menunaikan solat Jumaat di masjid yang terletak berdekatan rumah saudara saya di belakang JPJ Panji. Kemudian terus pergi ke Pantai Sabak dan singgah di masjid kayu di Pulau Gajah. Rasanya dalam minggu ini saya bersama keluarga pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bersama bapa saudara saya. Tetapi biarpun ada perkongsian cerita daripada Jumaat lepas...

Pagi Jumaat 13 Disember 2019 saya terus meninggalkan rumah untuk pergi ke Panji.


Tetapi selepas solat Jumaat di masjid tadi saya terus keluar dari rumah saudara saya di Panji untuk pergi ke Pantai Sabak. Ketika keluar dari masjid selepas solat Jumaat tiba-tiba hujan lebat. 2.30 hujan sudah berhenti.


Singgoh dulu deh di kedai keropok tepi Pantai Sabak. Keropok biasanya kebanyakan dijual harga murah. Sekarang ini adalah musim ombak besar mendatang. Bersebelahan dengan kedai keropok juga ada sebuah masjid. Lihat artikel Masjid tepi pantai Sabak, Pengkalan Chepa di blogspot Jom ke Masjid.


Ombak besar masih melanda di pesisir negeri Kelantan. Kebiasaannya bulan November - Januari ombak besar berlaku di pesisir pantai di negeri-negeri di Pantai Timur. Ini amat berbahaya kepada semua aktiviti-aktiviti di pantai dan menangkap ikan. Di Pantai Sabak inilah antara paling teruk terjejas akibat dihentam ombak besar dalam beberapa tahun lalu telah menyebabkan beberapa buah rumah hampir rosak teruk.

Seterusnya perjalanan diteruskan lagi dengan 'mengambil angin' ke Pulau Gajah untuk singgah di beberapa tempat.

Cuma baru sampai di pasar nelayan Pulau Gajah sudah ditutup. Mungkin kerana masa itu hari Jumaat hari cuti bekerja ataupun nelayan ada juga yang tidak berani turun ke laut kerana ombak besar sedang melanda ketika ini. Diceritakan 7 bulan yang lepas ketika itu 1 Mei adalah hari pekerja adalah cerita masih lagi benda yang sama. Dicampur juga dengan perjalanan diteruskan ke Pantai Sabak ataupun Pantai Nami. Lihat Perjalanan semperna Hari Pekerja - Dari Elephant Island ke Pantai Nami.

Seterusnya saya terus singgah di Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah.

Ketika baru sampai di masjid ini waktu Asar belum lagi berkumandang. Ini baru pukul 4 petang. Kelihatan masjid ini begitu indah bagaikan kita berada di Jawa, Indonesia ataupun di muzium walaupun masjid ini berada jauh dari jalan besar. Cuma jalan yang dilalui perlu diselisih antara sama satu lain. Binaan masjid ini semua diperbuat daripada kayu secara keseluruhannya.

Alhamdulillah saya sudah melaksanakan solat Asar berjemaah. Jemaah kebiasaannya ramai juga. Bila kita berada di dalam masjid ini memang terasa sejuk dingin apabila angin laut bertiup kencang walaupun ia tiada penghawa dingin. Berkonsepkan ala-ala Masjid Besi di Putrajaya menggunakan konsep tersebut. Cukuplah cerita.

No comments:

Post a Comment