Friday, 25 September 2020

Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Dugaan hujan lebat di dua tempat berasingan antara Melaka dan Negeri Sembilan

Salam Jumaat edisi 8 Safar 1442H. Masih dalam sambungan daripada artikel Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Berselam di Klebang



Pagi Isnin 31 Ogos 2020 iaitu hari ulang tahun kemerdekaan yang ke-63 kami terus meninggalkan Melaka untuk sampai ke Bangi semula. 

Nampaknya ibu saudara saya melalui jalan masuk ke masjid yang bercirikan seni bina Cina yang dikatakan ada di Melaka. Berhampiran dengan Stadium Hang Jebat di Krubong. 

Kami terus bingkas masuk ke masjid ini untuk melihat apa yang menarik di kawasan ini. Lihat artikel Masjid Cina Negeri Melaka di blogspot Jom ke Masjid

Tapi kami dihalau oleh petugas keselamatan wanita maka tidak dapat memasuki ke dalam. Petugas keselamatan tersebut menegaskan hanya singgah untuk waktu-waktu solat tertentu sahaja berdasarkan pematuhan SOP yang dijalankan oleh pihak masjid sendiri. Tapi cukuplah hanya melihat dari luar sahaja dan insyaAllah moga panjang umur dapat masuk ke dalam untuk persinggahan solat lagi. 

Dalam keadaan hujan lebat, diteruskan lagi perjalanan untuk ke Bangi dengan menggunakan laluan ke Alor Gajah untuk sampai ke Lebuhraya Plus. 

Dalam jam 11.47 pagi kami terus memasuki Lebuhraya Plus arah utara untuk sampai ke Bangi. 





Alhamdulillah 12.48 tengahari hampir 2 jam kami sudah sampai di rumah nenek saudara saya di Bangi semula. 


Monday, 21 September 2020

Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Berselam di Klebang

Salam Isnin buat korang yang tengah bekerja guys. Masuk hari ke-3 perjalanan ke Melaka dan bersambung daripada artikel Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Berselam di Klebang
Petang Ahad 30 Ogos 2020 kami terus keluar untuk pengembaraan seterusnya. 

Perjalanan seterusnya ialah untuk ke Pantai Klebang untuk melihat apa yang menarik di kawasan itu. 

Saya pernah sampai di sini ketika darjah 6 tak silap saya. Ketika itu belum ditumbuhi dengan pokok rhu. 

Dimulakan dahulu dengan memasuki kapal selam lama yang 'tersadai' sejak bertahun-tahun dahulu. 

Ia terdiri daripada kapal selam lama yang tersadai dan dijadikan sebagai pameran untuk tarikan pelancong luar dan dalam. Antara pematuhan SOP sebelum memasuki Muzium Kapal Selam seperti senaraikan nama, check suhu dan mencuci tangan dengan hand sanitizer terdahulu. Imbas terdahulu MySejahtera, memakai face mask, penjarakan 1 meter dan had masa untuk melawat ialah 1 jam. 

Ada 2 jet tempur lama yang dikatakan 'tersadai' di kawasan tersebut. 











Pernah masa itu menjadi kebanggaan tentera udara dan laut Malaysia sewaktu ketika dahulu...


Kerana pematuhan SOP ketat yang dijalankan sepanjang PKPP pintu masuk ke kapal selam sudah ditutup. Ini kerana kawasan dalam ini dikatakan sempit dan amat mudah dijangkiti COVID-19. 

Perjalanan diteruskan lagi ke pantai buatan manusia, iaitu Pantai 1 Malaysia. Letaknya tidak jauh dari Muzium Kapal Selam. 






Kami pun terus berjalan kaki ke kawasan pantai tersebut. Suasana yang indah apabila terbenamnya matahari. 





Thursday, 17 September 2020

Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Kampung Morten dan Cendol Kampung Hulu



Sabtu 29 Ogos 2020 malam Ahad pula kami keluar dari Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam untuk berjalan-jalan. 

Hajatnya mahu nak singgah di Tesco di Krubong. Namun jam 10.00 malam sudah ditutup. Maka kami terus mengambil keputusan untuk melawat di Kampung Morten di Sungai Melaka. 

Kampung Morten merupakan perkampungan rumah lama yang wujud di Melaka berada di tepi Sungai Melaka antara menjadi tarikan pelancongan walaupun negeri Melaka adalah negeri paling banyak dilawati di Malaysia. 

Menyangkakan barangan diperbuat daripada besi, tapi bukannya besi. Diperbuat daripada batu konkrit yang disaluti emas. 

Rumah tradisional melayu Melaka yang indah diterangi dengan cahaya pada waktu malam membuatkan pengunjung khusus kepada golongan muda ketika waktu malam. 

Saya pun terus melalui jambatan ini. 


Tengok la bot yang lalu merentasi sekitar sungai Melaka. Teringat pada beberapa tahun yang lepas ketika itu adik saya belum ada lagi tak silap saya 12 - 10 tahun lepas perubahan masih sediakala. Cuma tahun ini kereta api belum dilalui kerana kemungkinannya rosak. 

Seterusnya kami terus ke hadapan untuk lawatan seterusnya. Lihat dulu patung Transformers gergasi. Robot gergasi dikatakan tertinggi dan diperbuat daripada besi terbuang. 

Robot gergasi ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai replika robot tertinggi yang diperbuat daripada logam besi yang boleh dikitar semula pada 10 Disember 2016. Ketinggian 5 meter dengan seberat 2750 kilogram. 

Seterusnya kami berjalan-jalan di sekitar kawasan berpaya. Kawasan sungai Melaka ini kelihatan berpaya dengan kemeriahan cahaya pada waktu malam. 




Persinggahan diteruskan lagi ke Kampung Hulu untuk menikmati pekena cendol. Berhampirannya terdapat sebuah masjid yang dikatakan paling wujud dan tertua di Malaysia. Semenjak itu saya langsung tidak pernah melalui jalan ini, kali ini barulah melalui jalan tersebut lalu melihat masjid berdekatan. Lihat artikel Masjid Kampung Hulu, Melaka di blogspot Jom ke Masjid

Cuma sayangnya ketika itu waktu sudah tengah malam dan masjid sudah ditutup. Cukuplah hanya melihat dari luar sahaja sebelum pekena cendol di hadapan masjid ini. 



Selepas itu kami terus menikmati cendol sebagai pencuci mulut pada waktu malam. Inilah makanan favourite saya. 

Cendol lain macam, ini seperti aiskrim. 



Monday, 14 September 2020

Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Jamuan kenduri perkahwinan dalam bentuk norma baru

Salam 26 Muharam 1442H. Hari ini barulah dapat menyambung artikel daripada Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Dugaan di Bangi



Sabtu 29 Ogos 8.10 pagi kami terus meninggalkan sementara di rumah nenek saudara saya di Bangi untuk meneruskan perjalanan untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan di Durian Tunggal, Melaka. 

Hampir 4 km untuk sampai ke Lebuhraya Plus. Dalam 1 jam merentasi Lebuhraya Plus kami sampai ke cabang untuk sampai ke Melaka. 


Dalam jam 10.30 pagi kami sudah sampai ke homestay di Belimbing, Durian Tunggal untuk persediaan perarakan perkahwinan. 

Seterusnya kami terus keluar untuk ke majlis perkahwinan di Durian Tunggal pada jam 11.45 pagi. Diiringi bersama sepupu, sahabat handai dan saudara mara. 


Seterusnya kami terus keluar untuk ke majlis perkahwinan di Durian Tunggal pada jam 11.45 pagi. Diiringi bersama sepupu, sahabat handai dan saudara mara. 

Rupanya rumah majlis kenduri perkahwinan berada di dalam kawasan hutan iaitu tepi Lebuhraya Plus, letaknya di Ayer Semabok. 



Kemeriahan amat sederhana disambut bagi mengeratkan lagi kebahagiaan rumah tangga sehingga ke hari tua. 


Sebelum memasuki ke tempat kenduri senaraikan nama, check suhu dan mencuci tangan dengan hand sanitizer terdahulu. Ini barulah majlis perkahwinan dalam bentuk norma baru bagi membendung penularan COVID-19 walaupun wabak tersebut belum berakhir. Peraturan lain bagi membendung wabak tersebut seperti mewajibkan pemakaian face mask dan penjarakan 1 meter (kecuali ahli keluarga sendiri). 


2.00 petang barulah kami sampai ke rumah ibu saudara saya di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam.