Thursday 1 July 2021

Kenangan PT3 2015 di SMK Kota - Bahagian 1

Salam Khamis 1 Julai. Merujuk kepada artikel Kompilasi cerita jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKP 2020 yang dikongsikan korang pada 5 Jun lepas. Maka hari ini saya throwback mengenai zaman peperiksaan sebelum datangnya pandemik COVID-19. PT3 merupakan singkatan kepada Pentaksiran Tingkatan 3, ialah sebuah sebuah peperiksaan sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah. PT3 ialah sebauh penilaian yang digunakan bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah dijalankan sejak tahun 1993 hingga 2013. Penggantian tersebut dilaksanakan pada tahun 2014 disebabkan kewujudan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 

Pada tahun 2020, pihak KPM telah membatalkan pelaksanaan tersebut serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan pandemik COVID-19 melanda, dan sistem tersebut menggantikan pentaksiran yang dibatalkan. 




Gambar-gambar lama masih disimpan dalam majalah sekolah. Masa itu tingkatan 3 Gigih masih belajar di SMK Kota. Guru kelasnya Cikgu Wan Nurul Ashikin, bagi ketua kelas Helmi. Di tahun 2015 inilah tahun saya ambil peperiksaan PT3. 








Antara gambar-gambar kenangan yang saya lupakan dan sempat disimpan adalah portal rasmi SMK Kota adalah semasa PT3 2015,

1. Bengkel Menjawab Bahasa Inggeris

Bertarikh pada 21 September 2015, iaitu hari Isnin (21 hari sebelum ujian besar-besaran) bengkel menjawab bahasa Inggeris bermula yang dikendalikan beberapa guru-guru bahasa Inggeris PT3 seperti Wan Nurul Ashikin Wan Shukry, Rosliza Ab Rajab dan Haslina Ibrahim. Tetamu yang hadir ke bengkel tersebut ialah Guru Bahasa Inggeris Lelaki dari SMK Teratak Pulai, Bachok. Rasanya hari itulah menjawab soalan bahasa Inggeris semakin susah disebabkan kurang faham tentang bahasa Inggeris. 
















2. Ujian Percubaan Mendengar PT3 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang bertarikh 28 Julai 2015 (78 hari sebelum peperiksaan besar-besaran)







































No comments:

Post a Comment