Saturday, 5 June 2021

Kompilasi cerita jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKP 2020

Merujuk kepada artikel banyak halangan dan cabaran dibuat semasa pandemik COVID-19 yang dikongsikan korang malam kelmarin. Kini setelah lebih 10 bulan lepas cerita tentang perjalanan di Melaka dan beberapa tempat yang dituju semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), akhirnya saya akan mengkompilasikan tentang perjalanan tersebut yang dilakukan pada 28 Ogos - 1 September 2020. 



Perjalanan dilakukan bermula 28 Ogos 2020 dengan bermulanya melalui jalan Gua Musang ke Kuala Lumpur sebab katanya masih dalam PKPP dalam membendung wabak COVID-19. Katanya kes COVID-19 ketika itu masih dalam satu angka sedangkan beberapa buah negeri dalam kategori zon hijau dan bebas. Tujuannya kami sekeluarga bersama ahli keluarga bersama ahli rombongan dari Tembesu, Limbat untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan di Durian Tunggal, Melaka. Seterusnya banyak tempat-tempat menarik yang saya lawati walaupun wabak tersebut belum tamat. Seterusnya kami pulang ke rumah pada 1 September 2020 dengan melalui laluan ke Terengganu dan kami sampai ke rumah pada 11.30 malam. Perjalanan yang kami tuju seperti dalam peta Google Maps iaitu 1,325 km. 





Kini setelah lebih 10 bulan tidak berkongsi kompilasi tentang perjalanan tersebut, hari ini saya akan menyelesaikan perkongsian kepada korang semua. 












No comments:

Post a Comment