Thursday, 30 December 2021

Pasar Pagi Puteri anjuran Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian di Homestay El Samada

Salam. Ada sedikit perkongsian mengenai satu majlis yang berlangsung Sabtu lepas. 



Satu poster yang dihantar menerusi group Whatsapp mengenai Pasar Pagi Puteri anjuran Puteri Umno Bahagian Kubang Kerian bertempat di homestay di Homestay El Samada di Kampung Kota, Kota Bharu. Kampung ini hampir 2 km dari kampung saya. Majlis ini berlangsung pada pagi Sabtu 25 Disember 2021 bersama penampilan khas, Dato' Adi Putra. Beliau merupakan pelakon, pengacara dan penyokong tegar Barisan Nasional. Untuk membeli seperti ayam dan ikan disertakan dengan percuma sayur-sayuran dengan hanya RM10 sahaja. 



Semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak COVID-19 dilonggarkan kembali termasuk kebenaran merentas negeri 2 bulan lalu maka banyak aktiviti saya jalankan sepanjang hari. Manakala negeri Kelantan masih berada di fasa 3 PPN (Pelan Pemulihan Negara) sedangkan kes virus iatu masih tinggi berbanding negeri-negeri lain berada di fasa 4. Hari itu PKP pernah diperketatkan sehingga tidak boleh merentas daerah dan hampir semua sektor ditutup kerana kes masih tinggi. Seterusnya bila boleh merentas semua tempat boleh merentas. Ko guano demo. 



Di kala wabak Covid-19 kawalan begitu ketat disebabkan kepatuhan SOP dalam kalangan penduduk. Orang ramai kelihatan beratur dengan penjarakan satu meter dari orang lain. 





Apa yang menarik kat pasar ini dengan barangan keperluan diberikan percuma sayur apabila membeli ayam dan ikan segar satu kilogram. 











Hari ini saya sudah membeli macam ayam ni je lah percumanya sayur-sayuran. 



Saturday, 25 December 2021

Merentas ke Kuala Besut, kali pertama merentas negeri setelah halangan 9 bulan akibat PKP

Salam penghujung tahun 2021. Ada 6 hari sahaja lagi akan terus ke alam tahun baru 2022. Tahun 2022 inilah tahun yang begitu paling mencabar buat kehidupan saya. Begitulah keadaan kita tahun berganti tahun, masa semakin cepat berlalu dan meninggalkan segala sengketa yang lalu. 



Jumaat 10 Disember 2021 selepas solat Jumaat saya pun terus meninggalkan rumah untuk merentas satu negeri setelah halangan 9 bulan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang begitu ketat. 



Menghilangkan segala kebosanan akibat PKP, kini akhirnya diberi kelegaan setelah kerajaan membenarkan hampir semua kelonggaran termasuk rentas negeri mengikut negeri-negeri yang mempunyai fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) masing-masing. Alhamdulillah dah lega. Baru aku tahu, kali terakhir saya merentas negeri bersama keluarga dan rombongan untuk menghadiri majlis kenduri di Melaka pada hari kemerdekaan tahun 2020 tu je la. Korang nak tahu ini adalah artikel yang ke-146 di dalam blogspot Nota Untukmu ini. 

Sekitar 4.15 saya terus melalui jalan untuk ke Pantai Melawi kemudian singgah di pantai tersebut. 









Kali ini saya terus menyeberangi jeti yang dikatakan jadi rebutan dalam media sosial. 




Panjangnya dalam 150 meter dibina oleh penduduk kampung Melawi dalam tahun 2020 sebelum PKP 1.0 tak silap. Inilah kali pertama baru merentasi jeti kecil ini. 



Seterusnya terus ke Pantai Tok Bali. 





Zoom sikit kita tengok bot besar ini. 





Seterusnya singgah solat Asar di masjid ini. Lihat artikel Masjid As-Syakirin, Kampung Haji Wan Omar, Air Tawar, Semerak di blogspot Jom ke Masjid




Jam 6.30 sampai pula di Kuala Besut. Kali terakhir sampai di jeti Kuala Besut dalam sekitar tahun 2010, bermakna sudah lebih 10 tahun lalu. 




Tahun masa itu memang best sebab ada taman permainan untuk bermain di situ. Umur saya ketika itu darjah 4, manakala umur ibu bapa dan adik saya ketika itu masing-masing umur 43 tahun dan 14 bulan. 




Gambar itu kelihatan menjelang waktu maghrib. 





Kali ini pula pekena rainbow ice-cream
























Kita lihat sedikit betapa reka bentuk agak menarik dari sudut atas. Ini adalah reka bentuk bumbung perabung lima Terengganu tak silap. Ia dijadikan sebagai dewan komuniti untuk masyarakat setempat. Korang nak tahu, Daerah Besut dalam negeri Terengganu mempunyai lebih 95 peratus penduduk Melayu Kelantan yang menggunakan bahasa loghat tersebut. 

Seterusnya persinggahan perjalanan kita iaitu masjid yang berada di Kuala Besut. Waktu ketika itu sudah malam berlarutan. Lihat artikel Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut

Sekadar ini cukuplah satu persatu perkongsian tentang perjalanan pertama setelah halangan 9 bulan tidak boleh merentas negeri dek kerana PKP 2.0. Kalau ada apa-apa perkongsian boleh cuba-cuba kalau tak ada halangankan. Wassalam. 



Sunday, 19 December 2021

Bah kuning melanda kampungku 7 tahun lalu masih dalam ingatan

Salam. Sedikit perkongsian daripada peristiwa lama yang tidak dapat dilupakan di kampung saya. 



Adapun dua tiga hari lepas pemilik Facebook jiran sekampung saya ada beberapa posting dan gambar lama yang dibuat 7 tahun lalu iaitu pada penghujung 2014. Sebelum ini satu postingan mengenai peristiwa berkenaan ada dikongsikan tiga tahun lalu bertajuk Dugaan hujan lebat dan Bah Kuning 2014 berkisahkan tentang pengalaman banjir di kampung saya iaitu Pendek, Kota Bharu. 

Inilah saya akan tunjukkan kepada korang tentang pengalaman korang berlaku peristiwa banjir besar atau 'Bah Kuning 2014' melanda Kelantan khususnya Kampung Pendek, Kota Bharu. Biar dikongsikan beberapa gambar di sini...




















Sekolah Kebangsaan Pendek menjadi tempat pusat pemindahan sementara bagi penduduk yang terjejas akibat bencana berkenaan. 












Masjid Mukim Pendek antara masjid di Kelantan yang terjejas akibat bencana tersebut. Kerosakan melibatkan barangan masjid sahaja termasuk karpet ruang solat. 


























































































Tapi ibu, adik dan saya berpindah di tempat lain kecuali ayah saya berpindah di sini. 





























Pejabat DUN Salor di Kampung Chabang Tiga Pendek yang dibawah tadbiran pada masa itu, Datuk Husam Musa antara menjadi pusat pemindahan sementara untuk penduduk yang terjejas. 


























Selepas terjadinya bencana tersebut, beberapa barangan dalam rumah telah mengalami kerosakan sehingga menyebabkan barangan tersebut tidak lagi digunakan.