Saturday, 25 December 2021

Merentas ke Kuala Besut, kali pertama merentas negeri setelah halangan 9 bulan akibat PKP

Salam penghujung tahun 2021. Ada 6 hari sahaja lagi akan terus ke alam tahun baru 2022. Tahun 2022 inilah tahun yang begitu paling mencabar buat kehidupan saya. Begitulah keadaan kita tahun berganti tahun, masa semakin cepat berlalu dan meninggalkan segala sengketa yang lalu. 



Jumaat 10 Disember 2021 selepas solat Jumaat saya pun terus meninggalkan rumah untuk merentas satu negeri setelah halangan 9 bulan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang begitu ketat. 



Menghilangkan segala kebosanan akibat PKP, kini akhirnya diberi kelegaan setelah kerajaan membenarkan hampir semua kelonggaran termasuk rentas negeri mengikut negeri-negeri yang mempunyai fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) masing-masing. Alhamdulillah dah lega. Baru aku tahu, kali terakhir saya merentas negeri bersama keluarga dan rombongan untuk menghadiri majlis kenduri di Melaka pada hari kemerdekaan tahun 2020 tu je la. Korang nak tahu ini adalah artikel yang ke-146 di dalam blogspot Nota Untukmu ini. 

Sekitar 4.15 saya terus melalui jalan untuk ke Pantai Melawi kemudian singgah di pantai tersebut. 









Kali ini saya terus menyeberangi jeti yang dikatakan jadi rebutan dalam media sosial. 




Panjangnya dalam 150 meter dibina oleh penduduk kampung Melawi dalam tahun 2020 sebelum PKP 1.0 tak silap. Inilah kali pertama baru merentasi jeti kecil ini. 



Seterusnya terus ke Pantai Tok Bali. 





Zoom sikit kita tengok bot besar ini. 





Seterusnya singgah solat Asar di masjid ini. Lihat artikel Masjid As-Syakirin, Kampung Haji Wan Omar, Air Tawar, Semerak di blogspot Jom ke Masjid




Jam 6.30 sampai pula di Kuala Besut. Kali terakhir sampai di jeti Kuala Besut dalam sekitar tahun 2010, bermakna sudah lebih 10 tahun lalu. 




Tahun masa itu memang best sebab ada taman permainan untuk bermain di situ. Umur saya ketika itu darjah 4, manakala umur ibu bapa dan adik saya ketika itu masing-masing umur 43 tahun dan 14 bulan. 




Gambar itu kelihatan menjelang waktu maghrib. 





Kali ini pula pekena rainbow ice-cream
























Kita lihat sedikit betapa reka bentuk agak menarik dari sudut atas. Ini adalah reka bentuk bumbung perabung lima Terengganu tak silap. Ia dijadikan sebagai dewan komuniti untuk masyarakat setempat. Korang nak tahu, Daerah Besut dalam negeri Terengganu mempunyai lebih 95 peratus penduduk Melayu Kelantan yang menggunakan bahasa loghat tersebut. 

Seterusnya persinggahan perjalanan kita iaitu masjid yang berada di Kuala Besut. Waktu ketika itu sudah malam berlarutan. Lihat artikel Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut

Sekadar ini cukuplah satu persatu perkongsian tentang perjalanan pertama setelah halangan 9 bulan tidak boleh merentas negeri dek kerana PKP 2.0. Kalau ada apa-apa perkongsian boleh cuba-cuba kalau tak ada halangankan. Wassalam. 



No comments:

Post a Comment