Thursday, 30 December 2021

Pasar Pagi Puteri anjuran Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian di Homestay El Samada

Salam. Ada sedikit perkongsian mengenai satu majlis yang berlangsung Sabtu lepas. 



Satu poster yang dihantar menerusi group Whatsapp mengenai Pasar Pagi Puteri anjuran Puteri Umno Bahagian Kubang Kerian bertempat di homestay di Homestay El Samada di Kampung Kota, Kota Bharu. Kampung ini hampir 2 km dari kampung saya. Majlis ini berlangsung pada pagi Sabtu 25 Disember 2021 bersama penampilan khas, Dato' Adi Putra. Beliau merupakan pelakon, pengacara dan penyokong tegar Barisan Nasional. Untuk membeli seperti ayam dan ikan disertakan dengan percuma sayur-sayuran dengan hanya RM10 sahaja. 



Semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak COVID-19 dilonggarkan kembali termasuk kebenaran merentas negeri 2 bulan lalu maka banyak aktiviti saya jalankan sepanjang hari. Manakala negeri Kelantan masih berada di fasa 3 PPN (Pelan Pemulihan Negara) sedangkan kes virus iatu masih tinggi berbanding negeri-negeri lain berada di fasa 4. Hari itu PKP pernah diperketatkan sehingga tidak boleh merentas daerah dan hampir semua sektor ditutup kerana kes masih tinggi. Seterusnya bila boleh merentas semua tempat boleh merentas. Ko guano demo. 



Di kala wabak Covid-19 kawalan begitu ketat disebabkan kepatuhan SOP dalam kalangan penduduk. Orang ramai kelihatan beratur dengan penjarakan satu meter dari orang lain. 





Apa yang menarik kat pasar ini dengan barangan keperluan diberikan percuma sayur apabila membeli ayam dan ikan segar satu kilogram. 











Hari ini saya sudah membeli macam ayam ni je lah percumanya sayur-sayuran. 



No comments:

Post a Comment