Monday, 17 January 2022

Perubahan dari segi hadapan bangunan sekolah sekitar Kota terkini 2022

Salam hari ke-17 tahun baharu 2022. Sebelum ini artikel yang saya bawakan iaitu Pasar Pagi Puteri anjuran Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian di Homestay El Samada yang mana merupakan artikel terakhir untuk tahun 2021. Kini saya akan kongsikan cerita dan perkembangan terbaru untuk tahun baru 2022 yang mana kita lihat keadaan terkini sekolah-sekolah yang saya belajar ketika itu iaitu 2013-2017. Sedar tak sedar sudah lebih 5 tahun saya meninggalkan alam sekolah menengah. Kini usia saya menjangkau 22 tahun. Jaraknya lebih kurang 4 km dari rumah saya...



Pagi Rabu 12 Januari 2022 sebelum sempat keluar untuk bekerja saya kongsikan sedkit beberapa gambar perubahan di bahagian hadapan sekolah. Gambar atasnya ialah Sekolah Kebangsaan Seri Kota. Tapi bukan sekolah rendah saya dulu, tapi di Sekolah Kebangsaan Pendek. 




Saya tak ingat mengambil gambar kedai yang dimiliki koperasi SMK Kota. Kedai pertama ialah kedai makanan segera, kedai serbaneka dan kedai makan. Kedai paling hujung ialah dobi, kedai telekomunikasi dan fotostat. 










Ini adalah ruang pintu masuk utama SMK Kota. Bersebelahannya terdapat bangunan RTM Kelantan. Cuma kalau nak masuk ke kawasan sekolah terutama untuk meninjau beberapa kedai di dalam kawasan koperasi sekolah mestilah kena bagi kebenaran kepada pengawal keselamatan sekolah walaupun lebih 2 tahun kita berperang dengan wabak COVID-19 yang masih belum reda. 



No comments:

Post a Comment