Saturday, 29 January 2022

Pantai Timur awal 2022 - Tersalah selipar di Penarik

Salam semua. Disambung lagi hari ke-2 perjalanan di negeri Pantai Timur dan merupakan terakhir untuk artikel perjalanan tersebut. Bersambung daripada artikel Pantai Timur awal 2022 - Pasor Payang dan menara 'London'...




Dalam pukul 5.45 petang kami pun terus pulang ke rumah dengan melalui jalan jambatan angkat ke Setiu. Sementara itu ibu saudara saya dan suaminya masih berada di Terengganu untuk menginap di sana sebelum akan sampai ke Kuantan pada keesokannya dan pulang ke rumah di Shah Alam pada hari Isnin itu. Dalam pada itu, hari Isnin ketika itu saya posting dan membuat satu artikel iaitu Pantai Timur awal 2022 - Serunding Kampung Laut dan kedai makan kontena





Disebabkan masa semakin suntuk maka saya dan keluarga mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana esoknya adik saya bersekolah. Hajatnya saya nak lalu jalan Kuala Terengganu ke Jerteh untuk memasuki Kelantan, tetapi bila tanya ibu saya tersalah selipar. Maka ambil keputusan untuk melalui jalan Setiu ke Besut untuk mengambil selipar saya tertinggal di Masjid Penarik. 





Oh, yang tengah hari itu saya singgah di masjid itu untuk masuk ke tandas. Tetapi bila perasan terpakai selipar tandas yang berwarna putih. Selepas itu dalam pukul 7.00 petang (ketika itu belum waktu Maghrib) singgah balik di masjid ini untuk memulangkan balik selipar saya yang berwarna merah yang saya pakai, manakala atas pula adalah selipar tandas. Nasib baik tak ambik kokrang. 






Perjalanan diteruskan untuk menghala ke Tok Bali. Singgah di masjid ini berdekatan pekan Kampung Raja, Besut. Lihat artikel Masjid Kampung Paya Rawa, Besut di blogspot Jom ke Masjid






Kami pun singgah sekejap di Pantai Tok Bali yang menghadap Laut China Selatan. Di situ tak henti-henti ramai orang dengan mereka yang sedang memancing sambil memberi ketenangan, sebelum akan sampai ke rumah melalui jalan Tawang ke Kubang Kerian. 






Lakaran yang saya screenshot ini boleh dilihat laluan yang saya lalu. Sambil-sambil itu sebelum sampai ke home sweet home beli barangan sekolah adik saya di kedai buku di Wakaf Che Yeh. 

Bila dah berasa kepenatan inilah padahal bila berjalan jauh apabila perjalanan pertama merentas negeri untuk tahun 2022. Kami sampai ke rumah pada jam 10.30 malam. 

Adapun kita dimulakan perjalanan dengan singgah solat Jumaat di kampung ibu saya di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh. Rujuk balik kepada artikel Pantai Timur awal 2022 - Serunding Kampung Laut dan kedai makan kontena. Sepatutnya awal-awal nak balik ke rumah ikut jalan Kuala Terengganu ke Jerteh, tapi saya ambil keputusan untuk berpatah balik ke jalan Kuala Besut disebabkan tersalah selipar di Pantai Penarik. Kita tak tahu masa mana boleh lalu ikut jalan Kuala Terengganu ke Jerteh, cuma ikut atas pemanduan saya. 

Korang nak tahu ini, blogspot Nota Untukmu ini adalah yang ke-152. Sekian tamatlah cerita perjalanan. 




No comments:

Post a Comment