Monday, 24 January 2022

Pantai Timur awal 2022 - Serunding Kampung Laut dan kedai makan kontena

Salam semua. Sukacita dimaklumkan saya dan keluarga bersama ibu saudara pergi berjalan-jalan sekitar Pantai Timur seperti Terengganu. Saya pun sudah berasa kepenatan setelah pulang kembali ke rumah dalam dua hari lepas, kini memulakan siri cerita. 



Saya dan keluarga sepatutnya keluar dari rumah pada hari Sabtu 22 Januari 2022 disebabkan ibu saudara saya akan pulang ke rumah pada hari tersebut dengan melalui jalan Tok Bali ke Kuala Terengganu. Tetapi dianjak kepada hari Jumaat 21 Januari disebabkan ada satu majlis kenduri di dewan berhampiran PCB tanpa perlu kembali ke rumah di Pendek, Kota Bharu. Setelah selesai majlis pada hari tersebut terus berjalan-jalan sekitar Kota Bharu. 




Dari pusat bandar saya bersama ayah menumpang kereta ibu saudara pada waktu senja itu terus ke Wakaf Bharu untuk menuju ke Kampung Laut, Tumpat. Singgah dahulu solat maghrib di masjid ini. Sambil-sambil itu saya beramah mesra dengan penduduk kampung yang mana mengenai serunding yang popular di negeri ini dan tempat menjual serunding di kampung itu. Lihat artikel Masjid 'baru' Kampung Laut, Tumpat di blogspot Jom ke Masjid




Seterusnya kami terus turun ke rumah tiga tingkat. Penduduk kampung yang juga jemaah masjid itu juga berkata tempat menjual serunding di kampung itu banyak dijual di kawasan itu sehingga menarik perhatian pengunjung dari luar. Tetapi kami memilih rumah tiga tingkat ini yang mana tempat menjual serunding. Letaknya tidak jauh dari masjid ini. 
 








Di tingkat bawahnya adalah tempat menjual serunding. Pelbagai jenis seunding seperti daging, ikan dan ayam. Kami pun membeli pelbagai jenis serunding untuk hadiahkan kepada saudara mara dan sepupu yang tinggal di Shah Alam dan Perak. 





Dari Wakaf Bharu kami mengambil jalan Tendong ke Mulong. Sebelum ke Mulong singgah di kedai makan Kontena City di Pendek. Letaknya lebih kurang 800m dari rumah saya. 





Kedai makan dua tingkat ini menawarkan makanan jenis masakan panas, makanan segera, makanan Barat dan masakan ala Thai. Tak silap kedai ini dibuka lebih kurang setahun lepas. Bila makanan sudah siap maka konsep 'buzzer' yang digunakan pelanggan akan dipanggil apabila sudah siap dimasak dan ditempah. 





Di sini kami menikmati makanan ala Thai sebagai makan malam. Saya pula menikmati nasi tomyam dan mee celup. 










Seterusnya kami terus bermalam di rumah saudara di Pasir Tumboh. Jadi berasa cukup cari jalan penyelesaian sementara ibu saudara saya akan pulang ke rumah di Shah Alam pada keesokan harinya. 





No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...